Skip to main content

Tazkirah

Baca, dengar al-Quran penawar jiwa
Oleh Mohd Shukri Hanapi


Faham erti atau tidak adalah ibadah, amalan soleh dan beri manfaat

AL-QURAN adalah kitab suci yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat di muka bumi ini. Firman Allah bermaksud: amadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.?(Surah al-Baqarah ayat 185).

Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan oleh Allah. Oleh itu, kandungannya merangkumi segala dasar syariat dalam kitab suci yang diturunkan sebelumnya. Mereka yang mempercayai al-Quran akan berusaha membaca, mempelajari, memahami serta mengamalkannya, juga mengajarkan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarkannya."
(Hadis riwayat al-Bukhari).

Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan pahala yang berlipat ganda pada setiap huruf yang diturunkan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Oleh itu jelaslah, al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Selain ibadah yang diberi ganjaran, membaca, al-Quran menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang resah gelisah jiwanya. Dalam hal ini, seorang lelaki berjumpa Ibn Mas'ud meminta nasihat untuk dijadikan ubat jiwanya yang sedang resah gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa. Ibn Mas'ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya lelaki tadi dinasihatkan mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca al-Quran atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran atau menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah serta memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati. Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah supaya diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya.

Lelaki itu telah mengamalkan apa yang dinasihatkan oleh Ibn Mas'ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya terasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali. Perlu dijelaskan, membaca al-Quran sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadah, amalan soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Memberi cahaya dalam hati; memberi cahaya kepada keluarga juga tempat di mana al-Quran itu dibaca.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqiy daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran." Membaca al-Quran tidak sama dengan membaca buku, majalah atau komik. Ini disebabkan al-Quran itu kitab suci yang berupa wahyu Allah. Jadi membacanya tentu mempunyai adab tersendiri yang mesti diikuti oleh orang yang membacanya supaya bacaan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, sama ada untuk dirinya sendiri atau pendengar. Justeru, setiap orang yang membaca al-Quran mesti tunduk berpedomankan adab yang ditentukan.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' `Ulumuddin memberi garis panduan yang berkaitan dengan adab membaca al-Quran, iaitu adab batin dan zahir. Dimaksudkan dengan adab batin itu ialah memahami kalimah yang dibaca, ada rasa penghayatan membesarkan kalimah Allah, menghadirkan hati sepenuhnya ketika membaca, memperhalus perasaan dan jiwa. Dengan adab batin itu, kandungan al-Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah itu dapat bersemi di dalam jiwa dan meresap ke dalam lubuk hati si pembaca.

Untuk membesarkan kalimah Allah seperti yang dijelaskan Imam al-Ghazali, seseorang itu mesti menghadirkan dalam hati betapa keagungan Allah yang mempunyai kalimah itu tadi. Pembaca mesti memahami bahawa apa yang dibacanya itu bukan tutur kata manusia, tetapi ia adalah kalam Allah. Membesarkan kalam Allah itu bukan saja ketika membacanya, malah ketika menjaga tulisan al-Quran.

Akhir sekali, kita perlu yakin bahawa membaca dan mendengar bacaan al-Quran itu sebagai penawar untuk mengubati jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-48, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan untuk datang beramai-ramai ke Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur bagi mendengar bacaan ayat suci al-Quran.

(dipetik daripada Berita Harian).

Sudah lama aku nda membaca atau buka tazkirah sejak kerja ni...terasa betapa sunyi dan asingnya akku...terasa gersangnya hati ini untuk mendengar alunan bacaan al-Quran yang merdu dan lunak...

Sekadar menjadi titipan buat pelawat2 NSA, juga sebagai peringatan untuk aku juga...Hakikatnya, benarlah firman Allah "Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"...wah, aku ni macam ustaz pula...biarpun cita2 tu pernah menjadi sebahagian Diari Seorang Lelaki, tapi dengan perjalanan pembelajaran peringkat formal ni, tidak kesampaian pula...tapi biarlah sejarah tercatat aku sebagai bekas pelajar sekolah agama, menjadi Kenangan Terindah....moga2 Hati Ini akan terus kekal dalam lindungan dan peliharaan Allah disebalik kejadian yg mencabar umat Islam sekarang ni...

Nota Suara Aku seperti biasa, esok akan bercuti lagi...dalam perancangan nda mau pg KL untuk cuci mata, tapi mungkin ada yang perlu dibeli....hehehehe..selamat bekerja kepada yg bekerja, dan selamat bercuti untuk aku...

Comments

Anonymous said…
...Ir, selepas solat baca sedikit baris2 Al Quran itu, ada masa baca banyak ... jgn ditinggalkan lansung, itu hati selalu jadi tidak tenang...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!