Skip to main content

Nota Suara Aku I

Hari ni aku kembali lagi untuk mengisi NSA. Seperti biasa sepanjang hari aku nda menulis, terlalu banyak yang mau diulas...Tapi sampai d cc ja, mesti lupa suda yang, tinggal cuma sedikit ja...

Pertama,sebelum terlupa..aku sempat tengok keratan akhbar tentang amaran PM kepada para blogger...hui, nampaknya PM kita suda menyedari akan kebahayaan( mesti salah tatabahasa) Blog ni...sedangkan di China sudah lama durang menyedari akan api yang marak dalam blog ni. Sebab tu disekat dari awal lagi...klu nda silap dalam Newsweek bulan April atau Mac lepas ada pasal blog ni...tapi disebabkan aku sendiri kurang faham dgn akhbar inggeris ni, jadi aku nda beli la dan aku nda tau apa isi kandungan nya langsung.....dalam akhbar melayu mesti tiada ni, dan ini antara kelemahan yang ada pada media berbahasa Melayu ni.....yang banyak pasal hiburan...hiburan....dan hiburan....

Sebut pasal hiburan, aku mau menyentuh sikit tentang AF4 yang akan berakhir sabtu ni....aku meramalkan yang Lotter dan Velvet tidak akan menjuarai AF kali ini...untuk kali ketiga nya, saingan dari Sabahan(mungkin ada unsur2 kenegerian) akan dicabar lagi...Jika AF2, KL berjaya mencari orang untuk menumpaskan Linda....AF3 dari awal lagi Johorian berjaya menewaskan Felix...maka aku meramalkan tahun ni, Lotter akan digagalkan lagi...aku meletakkan Terengganukian akan mencuri dari Lotter....berdasarkan populariti mungkin Lotter berjaya sekarang, tapi disebabkan provokasi kenegerian dari pihak media, Faizal akan menang....tapi aku nda kisah antara durang dua ni, sebab faizal memang menunjukkan prestasi yg baik sepanjang minggu persembahan...bukan seperti juara sebelum ni(AF2 &3)....begitu juga dengan Lotter....tapi aku mau Lotter menang juga!hehehehehe

Sedikit berita sukan, Chelsea la apalagi, sudah tukar penaja jersi baru la pula, walaupun aku nda setuju dengan jenama Adidas ni, tapi yg bagusnya...aku nda payah terhegeh2 cari jersi ni di kedai2 sukan...mesti ada punya....semalam pun masa jalan2 di pertama, suda jumpa jersi baru yg ori mahupun kohol2...hujung bulan baru mau beli la....

Semalam aku off day....org cuti aku kerja, dan semalam org lain kerja, aku pula cuti....sempat melupakan kepenatan bekerja siang ke malam dengan tengok cerita HK adaptasi Tony Wong...memang puas hati la tengok..walaupun dtg migrain, tapi tatap layan juga...best la cerita tu...mcm cerita komik Dewata Raya pula....

Selama hampir sebulan kerja di sini...aku selalu sangat jadi bahan gurauan kawan2...walaupun aku nda kisah sangat dengan gurauan durang, tapi kadang2 aku ni pandai terasa juga...tapi mengingatkan pesan bapa selalu, jangan ditunjuk panas baran yang ada terhadap org lain, aku selalu bersabar...Suluk baik la katakan...knp aku kata Suluk Baik, sbb selalu bila di sebut Suluk ni, mesti dlm kepala org sekeliling....jahat...suka berbunuhan...suka bergaduh...dan yg buruk2 semuanya pada Suluk ni...tapi aku ni bukan la seperti yg disangka kan...

Nota Suara Aku, sebelum berhenti di sini, mengucapkan tahniah kepada rakan2 bac. Komunikasi yg sudah konvo dua hari lepas...sedih juga bila terkenang durang beramai2 konvo, aku sorang2 pula bulan9 nanti....macam dapat anugerah khas pula....hehehehe...mungkin inilah istimewanya aku berbanding graduan bac aku ni....ahaks!

Comments

Anonymous said…
ingatan PM pd bloggers...
ir, kalau setakat cerita yg ringan2 nda apa2, jgn dikritik secara melulu tentang kerajaan dan polisinya, itu merbahaya, itu yg nda boleh...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!