Skip to main content

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

Selamat Hari Jumaat semua,
moga2 hari ini kita di bawah lindungan Allah dan dipayungi doa2 para malaikat...takbir!
Allahu Akbar!

Orang akan kadang2 pelik dengan Aku..sekejap cerita baik, banyak cerita buruk... tapi kesempatan yang ada, aku telusuri dan kongsi kan apa yang aku baca dari kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi...seperti yang aku kata dengan amin, Nota ini bukan pengukur tebalnya iman, dalam nya ilmu, sekadar berkongsi di penghulu segala hari...

Antara Intipati dalam hadith ke10, ialah berkaitan doa. Petikan :

Ketika Ibrahim bin Adham berada di tengah2 pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai dan ada yang bertanya,
Mengapa Doa nereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab kerana hati buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:
  1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan Haq-Nya
  2. Kamu sangka kamu cintakan Nabi s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
  3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya
  4. Kamu telah makan ni'mat2 Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya
  5. Kamu berkata syaitan musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
  6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
  7. Kamu berkata neraka itu benar tapi kamu tidak lari darinya
  8. Kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia hingga terlupa keaiban sendiri
  10. Kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Nota Suara Aku tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut mengenai 10 perkara ini, interpretasi masing2 tapi jangan terpesong... Kita banyakkan berdoa untuk agama kita dari ditindas dan diperlekeh oleh manusia jahil. Jangan lupa boikot barangan buatan Israel dan sekutunya.

Comments

mylittlepencil said…
assalamualaikum...mohon copy dalam entri terbaru saya.

jazakillah

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!