Skip to main content

Kisah Hari Akhir 08

Tahun Esok
Tinggal suda setahun lagi
Catatan diari membakar mendorong
Hangus disorong hari berlalu
Tahun esok
Dipuja hingga terlupa menangis
Dirai hingga dimaki kegagalan
Diangkat hingga mangkat kepahitan
Disembah hingga dipurba kesakitan
Dan tahun esok
Ceritera mengejar dongeng
Kembali menjadi episod baru
Manusia dan manusia
HamZahidi
Karamunsing,KK
31 Disember 08

Nota Suara Aku semalam mengarang sajak ni tapi nda sempat post... dan semalam juga aku meronda2 kk untuk menyaksikan gelagat manusia menyambut jiwa tahun baru... antaranya, aku sempat hon budak2 basikal yang mungkin pendatang dengan lagaknya dalam kiraan 70-100 biji basikal...banyak sangat kereta2 remuk dan renyuk akibat eksiden yang menyambut kehadiran tahun baru, yang dapat untung pasti la kereta pengangkut (bole buat bisnes kereta tarik ni setiap hujung tahun)...dan tempat pilihan ku untuk menyambut tahun baru ialah di Tanjung Lipat( yaka menyambut, nda rasa mcm menyambut pun)... dan tahun baru sekali lagi menjadi saksi bahawa mentaliti masyarakat Malaysia masih lagi di takuk lama dan kelas ketiga, kenapa? sampah dibuang merata2 beb...

Dan semalam juga aku suda berbicara dengan bapa dengan nada seloroh memintanya mencarikan aku pasangan hidup... hikhik! dalam ucapan selamat ulang tahun ke54 kepada bapa, aku hadiahkannya dengan keinginan ini.. aku tahu bapa juga risau selagi tidak melihat menantu perempuannya yang pertama... jangan risau, insyaAllah masa tu akan tiba sedikit masa lagi(mungkin setaun, 2taun, 3taun dan mungkin juga 5taun?) dan pertengkaran pagi semalam yang membikin bapa hangin sikit dengan aku disudahi dengan kegembiraan bapa pada malamnya... dan buat pertama kalinya dalam hidup bapa, ada kek meraikannya... pandai kak Ayu cover kek tu kononnya untuk anak kembarnya yg genap setahun, sama tarikh lahir dengan bapa 31 Disember....apapun

Selamat Ulang Tahun ke54 Bapa....Bapa Terulung Dipayung Malaikat...

Comments

Anonymous said…
Salam tahun baru. Moga lebih cemerlang dan ketemu jodoh ya!

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!