Skip to main content

Road To Nowhere

baru semalam aku rasakan topik yang dibawakan Ally dlam rancangan mendatangkan faedah dan ilmiah sikit..kehadiran dua tetamu jemputan iaitu Zakaria (aku kurang pasti siapa dia ni) dan Shevy menghangatkan topik perbualan Piala Dunia 2018.. rata2 org kuat bola sepak tidak yakin dan tidak bersetuju dengan sasaran yang diletakkan di atas kertas oleh orang atas.. jurulatih Selangor, jurulatih Shahzan Muda, jurulatih kebangsaan sendiri tidak yakin dengan sasaran ini..tidak keterlaluan jika Shevy mengeluarkan kenyataan bolasepak negara kita Road to Nowhere!

aku komen Zakaria dulu.. semua yg keluar dari mulut Zakaria ni, bersifat populis dan hanya menang sorak.. aku tidak tau apa motif nya, adakah bersifat peribadi atau hanya untuk mengipas individu2 tertentu yang besar... kenyataan dan perbandingan yang dibuat olehnya langsung tidak berkaitan dan tidak masuk akal dalam lingkungan bola sepak atau mungkin bole aku katakan tidak berpijak di bumi yang nyata...fikirkan dan nilai sendiri bagi yang tidak menonton semalam. Antara perbandingan yang dibuat untuk menyokong Malaysia mampu ke Piala Dunia 2018 :
  1. Malaysia boleh menghantar angkasawan (pelancong ni)
  2. Tahun 1980-an, seorang manusia bernama Dr.M diketawakan dengan angan2 kereta buatan tempatan
  3. Bill Gates dengan ciptaan Microsoft nya yang bermula dengan angan2

kesemua kenyataan ini bagi aku adalah tidak ikhlas dan apa kaitan nya dengan bola sepak kita? ringkasnya, ketiga2 ni tidak memerlukan teknik dan kerja berpasukan (semangat semua pihak). BUkan seperti bola sepak... Contoh yg diberikan berjaya dicapai dengan DUIT, KUASA, IDEA.. tapi bola sepak tidak bole dibeli dengan ketiga2 elemen ini... US kuasa besar dan banyak duit tapi bukan lah paling hebat dalam bola sepak... demikian dengan Vietnam, Ghana atau sebutla negara miskin yang kita tidak setanding dengan mereka..

Bola sepak memerlukan kerja berpasukan secara menyeluruh untuk berjaya..Sehebat mana pun attacking, tapi lemah defend pasti kalah.. kuat bahagian defend, tapi goalkeeper lembik tatap kalah juga... goal keeper kelas dunia, jurulatih dan pengurusan macam kambing, tidak akan kemana... ini bukti bola sepak bukan duit, kuasa, dan idea! aku petik kata2 bekas pemain bola sepak EPL, pasukan yang porak peranda tidak pernah menang EPL...

Shevy ada yang betul, tapi dia juga sama...bila ditanya, apa perkara pertama yang akan dilakukan jika memegang jawatan utama bolasepak/ kerajaan? katanya saya akan berikan setiap rakyat Malaysia sebiji bola (kerana bola adalah basic) tidak kira orang muda atau tua, pandai main atau tidak... jawapan retorik yang sinis... tapi aku anggap dia juga pernah berada di kedudukan ini dengan MyTeam nya bersama Khairy J... aku ingat antara ucapannya semasa Myteam musim pertama "saya ingin mencari Ronaldinho di Malaysia" huhuhu...angan2 yang besar tapi tidak pernah ada usaha untuk mencarinya...Nakata pun tak jumpa...Titus Palani yang suatu ketika dulu dibanggakan pun tidak mahu bermain untuk negara sendiri...

Itu baru mengulas mengenai senario bola di Malaysia...belum pun mencapai tahap kerjaya yang menjamin masa depan dan keluarga... tidak boleh diketepikan paling dominan adalah peranan Media sebenarnya...media massa mahupun media alternatif tidak banyak mendedahkan bola sepak Malaysia... tidak hairan la aku lebih kenal semua pemain bola Chelsea sehinggala pemain simpanan dalam liga simpanan berbanding pemain Malaysia...kelab negeri tak payah cerita la... Sabah pun aku tak kenal sangat kerana berita tidak banyak...harapkan tv3 untuk sampaikan berita pasal pasukan Sabah, lebih mereka suka untuk cerita kelab KL Plus, dan kelab2 lain la... media tidak boleh lepas dari dipersalahkan di atas masalah ini juga..

Penaja? dulu kita tidak mempunyai masalah apabila bola sepak Malaysia ditaja oleh jenama rokok..tapi sebaik penaja ini tidak dibenarkan lagi menaja...terus terumbang-ambing dari TM..celcom..dan macam2 lagi la..

Nota Suara Aku penat suda mau menulis...cukup2 la untuk kali ni...sebelum berhenti, aku tak mahu tertinggal untuk mengingat kata2 jurulatih selangor.. bagaimana untuk maju... tumpukan kepada 3 perkara:

  1. Kualiti Latihan
  2. Kualiti Kejurulatihan
  3. Perlawanan Yang Kompetitif

Adios! Sabah TATAP..

Comments

Abah Mui'zz said…
Man, bola bukan termasuk dalam senarai "favorite" abah, tapi dengan apa yang Man ulas, pada abah satu saja: Bercakap soal kemajuan bola, sama macam bercakap soal Melayu Maju. Bukan takleh nak capai, boleh, tapi untuk kata bila masanya, banyak question mark disitu.
Anonymous said…
Am minat bola tapi kalau bercerita tentang bola malaysia ni naik menyampah. kata org tak sokong tapi mutu bolasepak tu sendiri amat mengecewakan

Tak silap semalam baru Malaysia kalah 5-0, Yang bestnya jurulatih boleh keluarkan kenyataan yang buat Am bertambah panas
Amin Ahmad said…
Zakaria ni Pengurus Selangor yang baru.

Pada aku dia menggunakan method aliran positivisme. Dalam realiti bola sepak kita memang ditekan habis-habisan, pendekatan populis dia ni boleh membantu mengimbangkan perspektif yang ada. Dia pun bukan orang asing dalam bola sepak sebab dia pernah kendalikan kelab tempatan di UK. Tak apa, biar masa menghakimi dia.

Bila dia digandingkan dengan Shebby, aku rasa bagus sebab banyak perspektif kita boleh teroka.

Tentu saja kita sinis dengan bola sepak Malaysia. Macam Shebby dan Zakaria setuju, kejatuhan kita bermula lepas rasuah 1994. Rasuah di mana-mana pun memang palat!

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!