Skip to main content

ada? ada-ada saja...

ada-ada saja durang ni... nda puas menyusahkan dengan inggeris dalam math dan sains, sekarang durang mau lulus inggeris baru bole lulus spm... bukan aku nda suka dengan usaha mereka, tapi kena tepat la... maksud tepat disini, kalau kita mau membantu rakyat biarlah dengan lembut dan rela hati... apa penting nya sangat bahasa ni sehinggakan kita bermati-matian, bukan semua 26juta orang rakyat Malaysia menggunakan bahasa ni... aku dari seawal penggunaan inggeris dalam sains dan math, aku suda menyatakan ketidaksetujuan dengan cara mereka... dan kini aku bersuara lagi bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku...

mungkin TPM berkata ingin mendapatkan pandangan orang ramai, tapi aku mengandaikan keputusan telah dibuat cuma menunggu masa yang sesuai... dan taktik ini agak menarik dengan menunjukkan belang dulu tengok respon masyarakat kalau keputusan 50-50 ataupun 30setuju sudah memadai untuk diwajibkan lulus dalam inggeris...

ada cara kalau mau kita maju atau menguasai inggeris, tapi tolonglah bukan dengan cara ini... pergi ke pelosok kampung dan pedalaman, tanya lah betapa sukarnya dan deritanya mereka menghadapi keputusan ini... asyik2 org yg bertanggungjawab menyatakan projek ini berjaya, berjaya dan berjaya... lihat la bias yang terang2 dibuat di negara ini... suatu projek percubaan yang kononnya gilang-gemilang dan kelas pertama akan dibuat di pusat pentadbiran KL dan Putrajaya... abistu yang belajar di kampung2 tu bajet 10-20ribu itu pun dah cukup membazir katanya, keputusan tidak mendatangkan hasil... projek buat di sekolah2 elit, kemudian berjaya dikatakan projek berjaya padahal memang dah pelajar2 tu pandai... tanpa projek x pun tetap berjaya juga...

TPM,implikasi kalau bahasa ini wajib lulus, peratus kelulusan spm pasti menurun, kalau pun dapat naik, kualiti nya akan berkurangan... lagi satu jurang pendidikan akan semakin besar dan usaha untuk merapatkan jurang ekonomi juga akan gagal...percaya lah kita harus berpijak dibumi nyata,menghirup susah perit masyarakat jangan hanya menari ikut tempo yang hanya kau yang tahu...bukan mudah untuk belajar bahasa ini, penilaian aku orang yang menguasai bahasa ini mempunyai kekuatan dari segi latar belakang keluarga dan juga dari segi kewangan... hendak makan pun susah apalagi untuk biaya pelajaran... ni berkaitan dengan tuisyen yang perlu diambil untuk lulus dalam periksa...

bahasa inggeris ni setahu aku diajar sejak dari darjah satu ataupun semasa di tabika dan tadika, tapi kenapa setelah 10-13tahun pun masih terkapai-kapai untuk belajar? sebab utama adalah persekitaran sekolah yang tidak lengkap dan sistem pembelajaran yang tidak betul oleh kementerian itu sendiri... mungkin langkah ini dapat menyelamatkan mereka dengan membuat undang2 komunis(memaksa rakyat)... kalau macam ni, nda payah bawa masuk pemimpin komunis pun sama juga dengan situasi nya sekarang... diorang pun komunis...

Nota Suara Aku ingin mengemukakan pertanyaan dimana sudah hasil kajian sains dan math dlm inggeris? kenapa masih belum di bawa ke kabinet? kalau nda silap sebelum ni, menteri berkenaan ada menyatakan tidak berpuas hati dengan keputusan kajian dan mahu kajian lebih mendalam dijalankan, kenapa pula xpuas hati? oooh biasalah kalau keputusan kajian nda tepat dengan andaian dan nda kena di hati maksudnya dapatan kajian nda betul la, ada salah di bahagian2 tertentu... ada-ada saja...

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!