Skip to main content

Fenomena Kambinx

minggu baru bermula lagi hari ini... seperti biasa badan liat mau bangun padahal langsung tidak ada kepenatan ditanggung di hujung minggu... buat pertama kalinya setelah sekian lama, enjin kambinx tidak beroperasi selama dua hari... maksudnya aku nda jalan kemana2 pun kecuali explore the world dalam Rise Of Nation... makin seronok dan makin ketagih main benda kambinx ni...

sedang aku jalan di komplex tadi, ada dua orang minah baru keluar dari kfc lalu pintu itu tersangkut... memang la tersangkut sebab buka luas sangat, body bukannya besar sangat pun ala2 body model saja pun... tapi mungkin sebab body model tu la dia mau buka luas2... tapi bukan itu yang mau dihighlightkan... tapi perkataan yang keluar dari mulutnya yang membuat aku tertarik.... kambinx! itu yang keluar dari mulut minah ni... kalau di ofis ni aku nda heran lah kambinx tu semacam menjadi satu fenomena, tapi kalau dah orang luar pun dah terikut2, aku rasa kambinx dah makin terkenal... bukan saja di bulan korban... ni dah berada di tahap 5 kalau mengikut WHO, hahaha...

kemarin aku nda hadir ke satu jemputan kawin kakak kepada junior aku d sekolah, bukan nda sudi tapi faham2 la sekarang ni musim kemarau bro... sabtu lepas pula kawin sepupu aku di sandakan dan d KK kedua2 nya nda dapat pegi, yang ni lain sikit... dia kawin di KK, aku balik sandakan, kemudian bila sanding d sandakan, aku pula di kk... menyebabkan aku nda dapat datang... walau pun begitu, sesiapa yang kawin tu, selamat pengantin baru /berulang...

sebut kawin2 ni, bapa jumaat lepas menyentuh lagi perkara ni dalam bentuk lain... aku faham maksud bapa tapi apakan daya, jodoh belum ada apa lagi bau2 pun belum tercium... aku dapat merasakan bapa ingin melihat aku jumpa jodoh memandangkan sepupu aku yang seumur dengan aku, tinggal serumah dengan aku dah pun menampakkan bunga2 jodoh ni, tapi nda nampak dengan aku...

Nota Suara Aku sampai di sini dulu buat tika ini, sampai ketemu lagi waktu lain...adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...