Skip to main content

Karabau,Kura-kura,Kijang

kemarin dulu masa minum2 kupi dengan Del, dia bercerita mengenai perihal Karabau, Kura-kura dan Kijang... ini adalah perumpamaan dengan jenis2 pekerja yg terdapat di syarikat tempatnya bekerja sebelum join syarikat ni... untuk pengetahuan, kalaupun xmau tau c Del ni bestfren aku masa d upm dan nda sangka sekarang ni kami duduk di bumbung yg sama...

Ketiga2 mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2, karabau ni kalau diberikan kerja akan siap tapi penuh dengan rintangan dan memerlukan tenaga zahir dan batin... orang kata sampai merangkak pun akan dibuatnya yang penting kerja tu selesai... ni mungkin bole dikatakan workaholic... orang kerja begini kadang2 tidak mengutamakan keluarga... di ofis ni ada 2orang yang bekerja macam tu...

Kura-kura pula macam tidak perlu diterangkan sifat2 nya yang azali, kerja yang diberikan kepadanya akan disiapkan juga tapi lambat... kadang2 tarikh disasarkan ke tarikh SASARan yang baru... bercakap kura2 ni, aku tertarik dengan iklan Digi broadband... mereka menggunakan kura2 yang surf dengan menggunakan cengkerang nya... maksudnya disini, kura2 nda boleh lagi dijadikan ikon benda2 yang slow asalkan kita kreatif untuk menggunakan kelebihan yang kita ada... cengkerang ni membawa maksud beban yang perlu ditanggung dan ianya boleh menjadi satu kelebihan kepada kita ataupun satu benda yang memudaratkan... terpulang kepada yang membawa beban... dengan menyandarkan situasi kerja aku sekarang ni, aku rasa kadang2 cengkerang ni menyusahkan aku, tapi disudut positif nya aku melihat aku seperti kura2 dalam iklan Digi tu...

Kijang pula, membuat kerja yang diberikan dengan tidak konsisten... belumpun siap satu kerja, kijang akan membuat kerja yang lain... dia akan buat ikut suka hatinya sj, asalkan....hepi...

Aku bercakap tentang kerja ketika ini sebab aku baru keluar dari bilik bos... dia ni ikut mood juga, kalau masa tu dia normal, dia akan jadi pendorong dan menaikkan semangat untuk terus maju dalam bidang ini... tapi kalau dia abnormal, dialah paling jahat di muka bumi ni... mungkin hari ni mood nya ok, maklumla semalam kan Ladies Night...paham? aku nda paham...

Nota Suara Aku ingin mencatatkan sedikit sebanyak yang aku ingat sepanjang bos mengepek di bilik tadi... ini termasuk perkataan yang pelik seperti 'indespensible'... maksudnya? cari sendiri la kalau mau tau... satu soalan yang ditanya oleh bos, aku dimana 5tahun akan datang? alamak soalan ni macam soalan interview pula... dan aku nda bole jawab soalan ni mungkin aku belum mengetahui struktur organisasi ni, ditambah pula dengan kemampuan aku sekarang, aku xberani untuk meletakkan sebarang sasaran... ini juga berdasarkan latar belakang syarikat ni yang dengar khabar agak sukar untuk naik menjadikan aku takut untuk meletakkan sasaran... almaklum la aku masuk syarikat ni tanpa ada program induksi... sebelum aku berundur untuk hari ini, tiga perkara bos tekankan:
  1. TIME! masa bekerja 8pg-5ptg, terpulang kepada aku untuk mengaturnya, kerja yang diberikan disiapkan di rumah ataupun di pejabat...
  2. Pencapaian diukur melalui output, terpulang kepada aku untuk mengimbangi antara keluarga dan kerja.
  3. Tugas sebagai manager ni melalui tiga langkah, FIKIR-MASALAH-SELESAIkan dengan jumpa bos. no3 ni aku heran sikit, aku ni bukan manager pun...kalau MADE AN ANGER adalah... aku ok ja mungkin dia mau aku jadi manager dalam 5tahun, bagus la kalau macam tu...

ok tu ja, kepada yang bekerja teruskan bekerja tidak kira la di dalam akuarium ka, pasu bunga ka, dalam tv ka atau dimana juga anda berada... dengan jiwa patriotik sikit, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan... adios!

Comments

Abah Mui'zz said…
Dimana kita 5 tahun akan datang? Itu soalan yg selalu ditanya kalau pergi preview MLM, atau bengkel motivasi.

Agaknya boss Man ni orang kuat MLM mana2 kot nih. Hahaha.
Anonymous said…
AMIN mudah2n lah adiku ni bakal jd manager Sandakan Branch. aik bukan skrg pun sda manager kah???? apapun all d best my broth. Sabar itu sentiasa ada ganjarannya! cepat atau lambat jak yang penting kta tidak pernah merungut...
irman_rahs said…
abah-mungkin la kot, jual gelang...

k.mang-xmau la jd mngr sandakan, bgs lg stay hq... nda payah jalan jauh2...

Popular posts from this blog

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky.......

KERJA

Hari ni baru ada kesempatan sikit utk buat entry dlm NSA ni. Buat pengetahuan aku sekarang ni suda dapat kerja yg kecil2 ja...matlamat awal untuk dapatkan pengalaman. Walaupun kerja ni nda memerlukan segulung ijazah, dan mungkin 0rg kebanyakan akan kata, nda payah masuk Univ la kalau kerja macam tu ja...tapi aku berpegang kepada matlamat sendiri... Mula2 plan mau kerja di Johor tempat Asif ja, tapi sebab aku rindukan rumah dan Sabah, maka aku mengambil keputusan untuk nda balik ke semenanjung lagi...aku ingin berkhidmat di Sabah. Mungkin juga ada akan kata kerja ni sebagai kerja sementara, tapi bagi aku biarlah untuk setahun dua kalau tahan la dengan karenah orang,yg penting kita dapat kenal persekitaran kita, tu yg lebih penting... Nota Suara Aku setakat ni ja untuk masa ni, banyak isu nasional yg mau dikupas, tapi biarlah dulu input maklumat terlebih dahulu...