Skip to main content

Pursuit of Happyness

macam tidak adil pula hari bapa disambut tidak semeriah hari ibu... mungkin kerana kuasa ibu yang mampu menggoncang dunia dijadikan sebagai sandaran hari ibu disambut lebih meriah... atau juga syurga dibawah telapak kaki ibu... atau boleh dijadikan indikator utama ibu lebih disayangi dari bapa... kelembutan dan kasih-sayang ibu yang melimpah melebihi kasih-sayang bapa menyebabkan tidak ramai yang meraikan hari bapa...

aku dalam seminggu dua ni agak liat menyentuh NSA walaupun idea banyak untuk dikongsikan... berbalik kepada hari bapa, sabtu yang lepas aku menonton Pursuit of Happyness lakonan hebat Will Smith.. sebuah kisah benar mengenai seorang bapa yang bertungkus-lumus untuk menyara isteri dan anaknya... namun si isteri tidak dapat menahan lagi kesabaran dengan janji yang dijanjikan oleh suaminya sehingga mereka dihalau dari rumah sewa... penderitaan yang perlu ditempuhi oleh seorang ayah untuk membesarkan anaknya ditambah lagi dengan pekerjaan yang dilakukannya hanya sebagai jurujual mesin... berpindah dari sebuah rumah sewa ke motel yang murah, kemudian merempat di tandas awam stesen 'komuter' dan akhirnya penempatan tempat tidur yang disediakan gereja

akhirnya filem ini baik untuk dikategorikan sebuah lagi filem 5bintang menurut pertimbangan aku... plot cerita yang menarik, tidak terlalu berat untuk menyampaikan mesej yang penting... dan akhir sekali, sebagaimana pepatah arab, Man Jada Wa Jada... maksudnya cari sendiri...

Nota Suara Aku tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mahupun dengan pemberian hadiah betapa kasih sayang bapa membentuk sikap dan peribadi seorang anak... untuk mengukur berjaya nya seorang bapa, lihatlah kepada anaknya... jika anak itu menjadi seorang yang berguna, maka dia lah bapa sejati... seandainya anak itu terumbang-ambing dalam menentukan cara hidup dan perjalanan hidup nya kini dan akan datang, maka dia gagal menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab... adios!

Comments

Abah Mui'zz said…
Man, agak sukar kalau nak diukur kesejatian seorang bapa dari kejayaan anak2. Sebab ada ramai anak2 yg berjaya, dan bapanya bukanlah bapa yg mereka sayang. Ramai juga anak2 yg kecundang, dan mereka punyai bapa yg cukup mengasihi mereka.

Pada abah, bapa yg sejati adalah bapa yg telah berusaha sebaiknya menyayangi, mengasihi, mendidik, membimbing, dan pelbagai me lagi, untuk anak itu hidup dijalan yang benar, walau mungkin hasilnya tidak spt yg dia harap.

Tapi abah setuju dengan Man, cerita tu memang bagus.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!