Skip to main content

Coklat yg cair!

Hari ini aku kembali utk bercerita tentang nafas yg aku hembus tika ini dan sebelum ini...terlalu banyak yg mau aku coretkan dan wartakan...tapi kekangan masa menghalang aku dari berbuat demikian....

Aku bersyukur kerana setakat ini Allah masih mengekalkan kewarasan fikiran yg dipinjamkanNya. Aku juga sentiasa berfikir, tentang kehidupan aku kini. Tidak pernah aku fikir yg aku akan kerja di bidang urusniaga...dalam urusniaga ini, aku dapat memerhatikan gelagat manusia yg mcam2 ada...

Satu: Prihatin
Selalu sangat aku nampak betapa prihatin(kasih) nya ibu bapa dgn anak2 nya...Ibubapa sggup untuk menghabiskan wang ringgit demi memastikan nyamuk dan serangga pemangsa bayi tidak akan menyentuh tubuh anak mereka...Ibubapa sanggup membelanjakan wang ringgit yg banyak utk memastikan anak2 gembira dan senang....Tapi bagaimana anak2 sekarang yg mgkin tidak mendapat tumpahan kasih sayang ibu bapa...madu dibalas tuba!

Dua:Antara Hak dan Tanggungjawab
Pelanggan2 kini begitu bijak utk menggunakan sentimen Hak dlm membeli....sanggup bertegang leher dengan staf/ promoter demi menuntut hak mereka sebagai pengguna...tapi berapa ramai yg tau tanggungjawab mereka sebgai pengguna? Ada pengguna yg ambil barang, bila tidak mau buang di merata2 tempat atau di mana saja yg bole disimpan...ada juga pengguna yg mencuri dan menipu dalam erti kata lain mengambil kesempatan di atas kesibukan orang lain...selain itu, ada lebih teruk dari itu, pelanggan akan membuka barang yg berbalut semata2 utk tengok keadaan barang...tapi masalahnya, selepas buka bungkusan, ambil barang lain pula...bukan ka ni menyusahkan aku sebagai seorang staf...ni dah kira melampau...bagi betis mau paha pula!

Tiga: Akal dan Budi
Seringkali ni antara yg aku titik beratkan. Aku selalu nampak ada pelanggan yg tidak tau malu, mengherdik dan marah sesuka ati diorg...aik! ingat mak dia yg lahirkan kita ker? Benda yg bole diselesaikan dgn aman dan baik tidak menjadi disebabkan akal di letak di lutut, budi ditelan di mulut!

Bukan saja melibatkan pelanggan dan staf, tapi antara staf dgn staf pun mcm tu juga...seharusnya kita selesaikan sesuatu masalah dgn aman dan waras...klu ikut dgn cara yg tidak betul mmg tidak akan selesai masalah tersebut...

Hari ini juga aku baru selesai YM dgn nizam....siswazah upm dari kos komunikasi macm aku la...kami sembang pasal coklat!(dia dah agak tadi yg aku akan ckp pasal coklat ni). tapi ada apa dgn coklat? dan kenapa coklat? Aku kenalkan seorang kawan yg aku dan nizam tegur buat pertama kali sebaik kwn ni tukar kos.. senang cerita namanya az9...jadi masa konvo aritu, dia mau bagi aku coklat sebagai menghargai persahabatan yg dibina...tapi dia kecewa dgn aku sbb tidak datang konvo...apakan daya aku tidak sama2 konvo dgn diorg kan...rasa serba salah terus menerjah ruang minda aku...tidak terkata...terkedu! inggeris kata blank!

Kenapa baru hari ni aku tau pasal coklat tu?klu disimpan coklat tu mesti suda xpired...klu nda xpired pun mesti suda cair...dan aku nda sanggup membiarkan persahabatan yg aku sendiri bina cair kerana aku sendiri...apa yg bole aku katakan, aku mau minta maaf banyak2...

Aku bukan jenis yg tidak menghargai persahabatan..tapi, aku cepat terasing bila aku disisihkan...mungkin diorg nda perasan, tapi itula yg aku rasa masa blajr sekejap masa dulu...

Comments

Anonymous said…
Ir,seronok citer pasal coklat nih, CT kenan kat Datuk k sebab strawberry bersalut coklat,lansung berkahwin...coklat Ir sudah cair la pulak, macamana tu...masih ada kawan ka lagi dgn si pemberi coklat itu Ir?
SELAMAT MENDAPAT IJAZAH PD 19/9 INI IR, jgn lupa post satu gambar nanti.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!