Skip to main content

Penubuhan Suruhanjaya: Di mana keberkesanannya?

Penubuhan SPAN akan dilaksanakan pada 1 Jan 2007

KUALA LUMPUR 12 Sept — Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), sebuah badan kawal selia bagi industri perkhidmatan air nasional akan laksanakan pada 1 Jan depan, kata Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata, dengan pelaksanaan SPAN, badan itu akan menerima segala pandangan positif dari semua pihak termasuk orang ramai bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air dalam negara.


“Pada masa ini kita akan menunggu penubuhan SPAN yang akan dilaksanakan pada awal tahun depan, Insya Allah pada 1 Januari 2007,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Bung Moktar Raden (BN-Kinabatangan) yang mencadangkan agar pembayaran bil air boleh dibuat secara pra bayar bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran dan mengelakkan pemotongan air.

Shaziman berkata, cadangan menggunakan cara itu untuk membuat pembayaran akan dipertimbangkan sebaik mungkin, asalkan ia memberi kepuasan kepada orang ramai dan rakyat akan dapat menikmati mutu air yang lebih berkualiti pada masa depan.

Penubuhan SPAN, yang bakal berfungsi sebagai badan kawal selia yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan bekalan air dan pembetungan negara diluluskan Dewan Rakyat pada 10 Mei lepas melalui Rang Undang-undang SPAN.

Menurut akta itu, SPAN merupakan sebuah suruhanjaya profesional bagi menangani pelbagai masalah yang membelenggu industri perkhidmatan air negara dan bidang kawal selia di bawah SPAN bermula daripada aktiviti pengambilan air mentah, rawatan, pengagihan dan bil.

SPAN yang hanya akan diguna pakai di Semenanjung Malaysia dan tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, akan menyediakan standard pengguna yang merangkumi perkara berhubung dengan tatacara untuk memenuhi kehendak pengguna, menangani aduan dan pertikaian pengguna, tahap dan kualiti perkhidmatan termasuk mengenakan caj, bil, pengutipan dan kredit pengguna.

Mengikut akta berkenaan, anggota Suruhanjaya itu akan terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa anggota yang mempunyai pengalaman, keupayaan dan professionalisme dalam bidang kewangan, kejuruteraan, perniagaan dan pentadbiran. — Bernama
(petikan UM hari ni)

Setiap kali ada masalah, kita mengambil jalan menubuhkan suruhanjaya untuk menyelesaikannya. Seolah2 badan yg sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah yg ada. Atau disebabkan terlalu banyak kerja yg perlu dibuat oleh sesuatu badan sehinggakan tidak mampu mengendalikan masalah yg berlaku.

Tapi sejauh mana kita yakin dgn menubuhkan suruhanjaya akan dapat menutup segala kelompangan kegagalan badan dlm menyelesaikan sesuatu masalah? Berapa banyak suruhanjaya yg kita ada setakat ini, berjaya memainkan peranan dan mencapai matlamat penubuhan. Kita langsung tidak memiikirkan keadaan ini sedalam-dalamnya. Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya suruhanjaya yg ingin ditibuhkan dikaji betul2 kemampuan nya. Kita takut karenah birokrasi akan menjadi semakin parah. Begitu juga dgn adegan tuding-menuding jika berlaku masalah yg melibatkan situasi yg tidak termaktub dalam klausa sesuatu badan.

Nota Suara Aku kembali mengkritik isu2 semasa yg dilihat tidak ada rasional dan menyakitkan mata memandang, mendengar teriakan2 yg sumbang....

Comments

Anonymous said…
Ir, lama2 nanti mesti ada suruhanjaya ditubuhkan utk mengkaji keberkesanan suruhanjaya2 yg telah ditubuhkan itu hehe... jikalau Ir berkhidmat didalam kerajaan boleh nanti menjadi ahli suruhanjaya itu pula.
Anonymous said…
itulah yang Am nampak juga Irman, terlalu byk suruhanjaya yg ditubuhkan, yg tak berkuasa diberi kuasa dan akhirnya kuasa itu digunakan untuk menyalahkan orang lain.

Bukan setakut suruhanjaya sahaja, bila ada isu baru timbul byklah undang2 baru hendak dicipta bagai kita tak cukup undang2 lagi.

Semakin hari semakin Am rasa pak2 menteri kita seperti menguruskan negara ala2 main pondok2

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!