Skip to main content

Terima Kasih Mak dan Bapa

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga ijazah yg aku tunggu selama lebih 2bulan yg lepas. Debaran pasti bila masa ambil ijazah dari pro canselor di hari terakhir sidang....

Apa yang pasti, banyak yang tercapai sebaik berakhir konvo semalam. Di atas kesibukan menguruskan detik bersejarah ini, aku nda dapat bagi info terbaru dalam blog ini....

1. Aku berjaya bwa bapa aku datang ke kl setelah didesak banyak kali. Bukan apa, tapi bapa dan mama aku adalah orang yang paling penting dalam hari bersejarah ini. Aku sendiri berjanji, yang aku nda akan naik pentas kalau bapa aku nda datang. Dan Alhamdulillah, bapa aku datang juga...

2. Aku dapat mengabadikan gambar kenangan memakai jubah sambil diapit oleh mak dan bapa. Walaupun menelan kos yang banyak juga ambil gambar di studio gambar, tapi apa lah harganya jika dibandingkan dengan nilai memori gambar tersebut...

3. Semalam juga, hajat aku dimakbulkan apabila terpilih untuk menjadi wakil graduan utk berucap...Bukan berucap di khalayak ramai yg menjadi matlamat, tapi berucap di hadapan mak dan bapa adalah paling penting. Sekurang-kurangnya, bapa bangga dengan aku.Mak juga bangga dengan aku. Paling best, aku dapat mengucapkan terima kasih kepada mak dan bapa tanpa perlu mewakilkan kpd orang lain...

Nota Suara Aku buat masa ini belum dapat upload gambar konvo utk menjadi tetamu NSA, tapi insyaAllah aku akan dapatkan secepat mungkin...Akhir sekali....Tahniah buat Irman Rahaban di atas penganugerahan ijazah bacelor komunikasi....Selamat Tinggal UPM!Adios....

Comments

Anonymous said…
Tahniah dari Am juga ya irman
Anonymous said…
Tahniah utk Irlelaki ( nama melayu ), tak sempat nak rakam kat blog sbb dua tiga hari line tak bagus.
jgn kata AdiosUPM dulu Ir, nanti boleh sambung ke MA pulak pastu PhD...buktikan yg anak suluk Sandakan boleh!!
Alief_Eikhwan said…
Man...Aku tetap berbangga dengan kejayaan yang ko perolehi...Insyaallah..jika tiada aral melintang...aku akan menyusuri kejayaan ko pada tahun depan...doakan kejayaan aku k...Neway...semoga ko terus sukses dengan kerjaya yang ko pilih sekarang ok...Bye..

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!