Skip to main content

Di Mana Ibu dan Bapa Mereka?

Arini baru dapat meluangkan masa utk post entry baru...Al maklumla dlm seminggu lepas sangat sibuk dgn kerja...balik jam 2pagi..klau suda macm gitu, mesti bangun time matahari atas kepala...burung pun suda menguap balik mau tidur...

Aku sambut ambang merdeka di tmpat kerja ja...tiada apa2 yg istimewa bagi aku la smbut merdeka tengah2 malam....mungkin kita terlupa yg Tunku laung merdeka pagi...aku pun belum lahir lagi time tu...bukan tengah malam 31Ogos...apa istimewanya teriak tengah2 malam? Biasala kita kan suda merdeka...

Aku sempat dengar la sikit2 ucapan PM tentang merdeka ni...tapi malang kenapa kita tak pernah sedar...kita asyik mendayung bahtera menuju pulau yg tak bernama...untuk apa? Apa yg ada dengan pulau di depan....entah la mungkin hanya mereka yg berpandangan jauh tau apa yg di depan mereka...dan kita hanya mengayuh mengikut arahan nakhoda...Di mana ibu dan bapa mereka apabila anak2 meraung kelemasan...

Kita seru..seru...seru...supaya kita mempersiapkan mental dari segala ancaman...tapi dalam masa yg sama kita suruh org ramai meramaikan padang...stadium...jalan raya...dan di mana sahaja yg bole dikumpulkan rakyat...tapi masalah nya di TENGAH2 MALAM! di mana akal kita simpan...begini ka yg kita serapkan kepada jiwa remaja...apa yg cuba kita didik di tengah2 malam?....Di mana ibu dan bapa mereka semasa anak2 sesat mencari jalan pulang...

Pendidikan Seks perlu ditekankan dari pendidikan agama? Bagus kita tiru jer US yg mengajar perogol utk memakai kondom...lucu tak? lawak tak? hah ketawakan la diri sendiri... kasihan mereka yg KKS ni...Di mana ibu dan bapa mereka di kala mereka memerlukan kasih dan sayang...

Aku bukan tak mau merdeka...tapi sebab aku mau kita merdeka lebih lama...begitu juga dgn mereka2 yg bersetuju kita belum merdeka...begitu juga yg berkata kita masih dijajah...begitu juga dgn mereka2 yg berkata kita masih di takuk lama....abistu, siapa yg mau merubahnya? Di mana ibu dan bapa mereka di waktu anak2 ingin kan bimbingan....

Nota Suara Aku semakin bosan dengan wayang yg ditunjuk oleh mereka2 ni...apa yg menjadi tunjang sebenarnya...perjuangan mereka dilandasan apa dan bagaimana? Aku juga semakin bosan dengan sebahagian manusia yg gagal utk mengukur akal sendiri....sibuk mencari idola, jelas sangat kita mementingkan popular dari kredibiliti seseorang....begini cara kita..begini juga la kita utk selamanya...kita bercakap hanya sekadar mau diukur yg kita ni berakal...

Sblm aku tidur malam ni...tahniah kepada wakil Sabah dari sekolah lama aku dulu...taun ni dapat no3 lagi Pidato Piala Diraja peringkat KEBANGSAAN!....tapi musykil la...Sabah hantar lelaki mesti tak dapat masuk final...hantar perempuan dari smakk masuk final pula....lagi musykil Smakk saja ka yg mampu mengangkat Sabah di peringkat nasional?Sebagai info utk mereka...Smakk suda hatrik wakil sabah....dua kali dapat no3..taun lepas kurang nasib sebab lelaki....adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!