Skip to main content

Dari Pulai Manang

post hari ni datang dari Pulai Manang, Lumadan... buat kali pertamanya aku melangkah kaki ke rumah sorang lagi kawan yang memang aku rapat sejak di sekolah agama lagi... sebuah kampung yang aman sama seperti kampung2 yang terdapat di sabah... kekurangan kemudahan seperti jalan kampung yang tidak berturap dan pastinya jauh dari pandangan YB2...abaikan ja la...

hari ni amat bermakna dan bersejarah dalam hidup... aku buat pertama kalinya dan dengan sepenuh kelelakian yang ada, aku mengadap keluarga bakal ibu kepada anak2 ku dan menantu kepada ibu bapaku... tidak banyak halangan yang aku hadapi berkat doa semua orang... aku mungkin menotakan rasa syukur yang tidak terhingga... aku dapat menyampaikan hajat dan keinginan aku kepada keluarga perempuan... paling tidak terima kasih aku ni ditujukan kepada Joy yang menjadi tulang belakang perkara ini... tanpa bantuan dia, aku masih seperti hari kelmarin dan mungkin kekal untuk setahun dua lagi...selepas ini jadi orang Takis la aku....

bercerita tentang kawan di lumadan ni, hari ni aku berkesempatan untuk menemui tukang urut dan menyaksikan sendiri kaedah yang digunakannya untuk mengurut tangan adie yang nda boleh menulis... seperti ramalan aku masa dia ceritakan masalah ini minggu lepas, tukang urut ni menyatakan perkara yang sama aku fikirkan... ada orang dengki dan cuba kenakan dia... cuma niat pendengki ni hanyalah mahu melihat adie gagal dalam peperiksaan... aku baru tau, adie terpaksa extend sem mungkin 1/2 sem lagi... dan adie nda teragak-agak untuk menyalahkan tangannya... kesian ada tapi disebalik semua yang terjadi, kita harus sandarkan pada Allah... mungkin ini adalah peringatan untuk adie supaya lebih dekat dengan Allah dan memperbaiki hubungan nya dengan orang lain... sememangnya hati manusia amatlah sukar diduga... hanya Allah tempat kita mengadu....

Nota Suara Aku berhenti disini untuk hari ini, insyaAllah ada perkembangan akan aku post kan dari semasa ke semasa... saat ini aku berkira-kira berapa nilai yang akan diminta oleh pihak perempuan... moga2 ianya memudahkan kedua-dua pihak...adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!