Skip to main content

Gula

minggu ni agak sibuk, nda sempat update fb dan juga blog... minggu ni aku berkesempatan odit di kunak... satu lagi tempat yang baru pertama kali aku jejak... satu pekan yang tenang dan aman... satu yang menarik tentang kunak ni, gadis2 di sini cantik2 pula... nda kira la, di kedai kopi ka, kedai reload, peniaga tepi jalan dan gadis2 yang lalu lalang nda payah cerita la... aku mengodit 5S dan SEMS... dan memandangkan kakak ku tinggal d lahad datu, aku ambil keputusan untuk tidak tinggal d hotel...cuma dari LD ke kunak ambil masa 1jam juga la... tapi apalah sangat 1jam tu.... macam nda biasa pula...

tujuan post hari ni sekadar menyatakan rasa tidak puas hati dengan berita2 yang aku dengar dan baca... seperti biasa, nilai berita Malaysia ni tidak lain tidak bukan, hanya lah penuh dengan dengki dan mengadu domba.... lebih2 lagi org2 besar yang menggunakan kuasa teknologi maklumat untuk menyebarkan dakyah kolot politik diorang.... dengan bersandarkan kepada Islam dan Melayu... motif tidak lain tidak bukan, adalah untuk menyingkirkan musuh yang mampu menggugat kerusi diorang.... makin kotor la politik dibawa YB2 ni...

itu belum lagi masuk dengan niat untuk menghapuskan subsidi gula... nda tau pula, kalau selama ini gula yang kita guna untuk menambahkan gula dalam minuman dan masakan disubsidikan oleh kerajaan yang baik hati ni.... alasan yang digunakan adalah gula bukan makanan ruji, nda patut dapat subsidi... gula boleh menjejaskan kesihatan dan macam2 la.... apapun alasan yang digunakan diorang, yang pasti rakyat juga yang menderita.... kos sara hidup semakin tinggi, setinggi kemajuan yang dibawa oleh kerajaan.... justeru, bagaimana hendak banteras kemiskinan tegar... jgn kan miskin tegar, miskin nda tegar pun boleh makin teruk atas kerja2 jahanam diorang ni.... tidak cukup dengan beras yang diorang banggakan sebagai usaha prihatin kerajaan... kemudian, minyak yang semakin mahal dari tahun ke tahun... dan kekejaman itu masih belum memuaskan hati mereka, ingin ditambah derita dengan penghapusan subsidi gula pula.... hah ngam la tu... kamu makan la tu semua subsidi... nda hairan la kalau didoakan kecelakaan, memang tidak betul mendoakan kecelakaan orang lain, tapi diorang ni kalau nda kentut.... nda pandai sedar... almaklumla, mungkin diorang rasa diri tu malaikat....

Nota Suara Aku bila memikirkan keadaan begini, tidak terkejut kalau orang lain memijak kita, sebab orang sendiri pun pijak kita...aku percaya tidak semua YB begini, tapi majoriti yang mempunyai talian hayat dengan media kotor belaka....nda macho, bagus putung tu kasi makan wowok.....adios!!

Comments

irman_rahs said…
tq atas input yg diberikan...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!