Skip to main content

Penutup Tahun 2009

semasa aku menulis entry hari ni, aku dalam keadaan yang tidak stabil...bukan tidak sihat, cuma hatiku berkecamuk dengan pelbagai kocakan perasaan yang aku tidak mungkin akan khabarkan dalam NSA... bukan semua perkara boleh dinotakan...lebih2 lagi bila ianya sangat sensitif...

sedar nda sedar, rupa2nya aku tinggalkan blog ni selama 2 minggu... mungkin kah masa berlalu terlalu cepat untuk ke tarikh di hadapan... atau kah aku yang cuba mengejar tarikh tu sehinggakan tidak menyedarinya... rasa kesal bercampur gembira menyelubungi hati... aku pun nda tau hendak digambarkan bagaimana... umurku mungkin begitu bersemangat untuk meneruskan hidup masa akan datang... tahun 2009 berlalu dengan begitu mencabar....

dari segi kerja, aku bersyukur dapat bertahan sehingga ke hari ini... cabaran yang agak mengujakan bagi seorang pekerja muda seperti ku... berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, samada yang macam Kambing dan tidak kurangnya yang ikhlas memberi tunjuk ajar... aku masih dapat bertahan dan mengambil segala yang positif dari Ketua jabatan ku... dan berita penyambungan kontraknya setahun lagi, meyakinkan ku Allah ingin aku mewarisi segala pengalaman yang ada padanya... tinggal lagi aku perlu mengubah sikap dan tabiat aku yang suka bertangguh sedari dulu lagi... sebab tabiat ni hanyalah parasit yang akan mengorbankan kerja aku masa depan...

aku juga ingin menyentuh azam yang aku ketikkan di NSA ini di awal tahun kalau nda silap... 2 azam yang tanam, bila ku korek semula boleh dikatakan lulus... aku menjalankan bisnes walaupun hanya sekadar suka2... penjualan susu kambing, syukur Alhamdulillah ada peningkatan dari segi penjualan... dari 1 kotak, ke 2kotak bulan seterusnya, dan 4kotak bulan seterusnya pula... benarlah petua nya kena ikhlas dalam berniaga... azam kedua ni memang pelik tapi benar... aku berkenalan dengan macam2 jenis gadis dalam tahun ni.... adik angkat ku Ajoy selalu sangat menjadi ejen memperkenalkan dengan gadis2 ni... usaha mencari gadis pendamping ini bukan usaha seorang... dari kak mang, kak Yu, adik ku c Lija, bahkan kawan ku c Faizal pun membantu juga... bahkan jangan terkejut mama dan bapa juga berusaha mencarikan aku pendamping... dan akhirnya 2minggu lepas, aku berani men'declare'kan bahawa aku sudah mempunyai calon pendamping... aku hanya perlu kuatkan hati dengan percaya, jika ini jodoh ku, memang takkan kemana...

bercakap tentang calon pendamping ni, aku suka untuk berterus terang bahawa aku tidak akan memberikan sepenuhnya rasa kasih dan sayang ku kepadanya... hanya selepas sah menjadi pendamping, baru lah akan ku tunjukkan apa itu erti sayang padanya... tapi aku yakin dia nda baca NSA ni (kecuali ajoy bagitau, tapi harap2nya jangan lah dibagitau k).... aku tidak ada pengalaman bercinta, hanya melihat dari pengalaman orang lain... aku tidak akan memujuk seandainya dia merajuk... aku juga nda kan penuhi permintaan nya andai ku tidak mampu... dan paling penting, aku tidak akan bawa dia keluar untuk dating(seperti yang dibuat pasangan bercinta).... aku mau mengikut lunas2 agama dan aku tidak mungkin akan jadi hipokrit hanya untuk menunjukkan betapa cinta nya aku...cukup tentang calon ni... kesimpulannya untuk azam tahun ni, aku bersyukur dapat mencapainya...

masih segar dalam ingatan, tentang kawan ku bernama faizal... aku coret sedikit tentang insan bernama Faizal... dia memang seorang yang sangat aku kagum... cerminan Bapa, mungkin beginilah perangai bapa ku semasa muda... cumanya dia ni mudah dibuli.. macam hero dalam filem... kalau kamu tengok movie, watak2 hero yang sangat gentelman... itulah kawan ku dan juga saudara ku... sekategori dengan Imansyah (sekolah rendah), Ahmad Syafie (fom1-3), Iskandar (fom4-sekarang), Kalui dan Mohd Shahruddin (UPM), Abah Muiz, Abg Yun, Abg Ridzuan(semasa di Giant) dan sekarang ni Faizal.... aku memang tidak mempunyai ramai adik-beradik lelaki... tapi mereka2 ni la ABANG2 ku dunia dan akhirat... sangat berjasa dan berbudi.... jangan terkejut kalau aku sanggup berkorban untuk Faizal...pepatah kata 'Langkah mayat ku dulu' kalau ada yang cuba melukakannya...

dari segi ketahanan jiwa, Allah menguji keluarga kami dengan perginya 2orang anak buah yang selama ini menjadi kegilaan dan membasahkan gusi2 kami.... paling aku tidak boleh lupakan, perginya Nurul yang begitu serasi dengan ku... apa2 yang aku buat, aku akan dulu kan Nurul... nyata Allah lebih menyayangi nya... gambar nya di hari2 akhir hidupnya masih ku simpan dalam laptop... ingatanku masih tidak luput dengan Nurul.... moga2 dia di sana, sentiasa mendoakan pakciknya ini... aku masih belum puas bermanja dengannya... hanya Allah yang tahu macam mana rindu nya aku dengan Nurul... aku menangis tika ini...Ya Allah kuatkan hati hambamu ini...

Nota Suara Aku mungkin mengakhiri tahun 2009 dengan post ini... Semoga kita akan mendapat kejayaan dimasa akan datang...insyaAllah ada kesempatan, akan aku sentuh lagi NSA di tahun 2009... apapun Selamat Tahun Baru 2010... sama2 kita berdoa yang terbaik untuk kita... Assalammualaikum...

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!