Skip to main content

Motor Oil

setelah beberapa lama kelisa ku buat hal, brek jam secara tiba2, akhirnya dapat juga dikesan sebab utama yang memakan belanja 200+ juga... aduh kepala ku makin runsing dengan masalah ini... aku nda boleh salahkan sesiapa melainkan diriku sendiri...


jadi apa kaitan tajuk ni dengan problem keretaku... sebenarnya aku tersalah taruh suatu ketika dulu... kira2 dalam 3-4 bulan yang lalu juga la, masa tu aku konfiden aku masukkan minyak motor ke dalam minyak brek!!! kemudian selang beberapa minggu atau hari juga, aku masukkan minyak brek ke dalam bekas minyak brek juga... aku jadi keliru dan terus call faizal... aku tanya apa masalah kalau minyak motor termasuk ke dalam minyak brek.... dia minta kepastian betul atau tidak aku ada masukkan, aku jadi nda pasti...dan cerita itu berlalu begitu sahaja...


kemudian cerita tu bangkit semula kemarin... bila tayar depan mengeluarkan asap, faizal terus bawa ke bengkel yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan... bukan dia nda pakar, aku yang hairan kenapa dia nda jumpa masalah ini?... mekanik suruh buka bonet depan, dia buka tempat minyak brek, dia seluk tangan ke dalam dan keluar la punca berlakunya benda ini MOTOR OIL!!!! kami berpandangan dan ketawa sama2.... disebabkan perkara ini tidak disedari sekian lama, pastinya memberi kesan kepada pam hidraulik kalau nda silap faizal cakap kemarin... tiada cara lain, tukar baru... aku nda tau mau cakap apa kalau bukan faizal tolong... nda banyak cakap, dia beli semua alat ganti... aku berterima kasih mempunyai kawan macam faizal....


Nota Suara Aku pagi tadi menghantar kawan ke airport dalam usaha mendapatkan kembali cintanya... sebagai kawan, aku risau juga takut2 dia nda dapat kawal diri semasa di tempat orang... cintanya ni pun satu, kawan ni punya baik seperti malaikat tapi aku hairan kenapa sanggup curang... berbeza dengan aku punya cerita, Allah mempermudahkan urusan ku tanpa perlu dipaksa...di kedua-dua pihak memang tidak ada halangan... cuma menunggu kick-off dari aku saja sekarang ni...oklah, sebelum mengakhiri post ini, tahniah kepada abahmuiz dan family atas kelahiran puteri yang ditunggu-tunggu... insyaAllah ada rezeki, man ke sana melawat orait....selamat berhujung minggu dan bergembira seadanya...adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!