Skip to main content

Hujung Minggu

hujung minggu yang lain dari lain... banyak perkara yang akan aku cerita untuk post hari ni... antaranya tentang kekalahan ketiga Chelsea, kawan, sipitang dan paling hangat ialah dilema cinta, ceh macam lagu baru Ungu pula....

sebelum itu, aku tertarik dengan link yang disumbangkan oleh seseorang mengenai gula... topik yang agak menarik dan menyedarkan kita tentang bahaya gula... namun sedikit komen, walaupun bahaya gula memang nyata, tetapi masih tidak berbaloi tindakan kerajaan untuk menarik subsidi gula kepada rakyat... kerana hakikatnya, gula menjadi keutamaan kepada kita semua... info yang disumbangkan ini, bagi aku masih tidak dapat menghalang tabiat menggunakan gula oleh kita semua... cuma aku akan cuba untuk mengurangkan gula dalam makanan..lebih2 lagi dalam usaha aku mengurangkan lemak dalam badan yang semakin bermaharajalela....

chelsea menghadapi kekalahan yang ketiga dalam liga...dan kedua berturut-turut dalam perlawanan... sedikit mendukacitakan dengan keputusan ini, memang bukan nasib Chelsea untuk menang sebab peluang demi peluang dihalang oleh Shay Given dan rakan2... aku memang menjangkakan persembahan yang terbaik oleh SG disebabkan kekalahan kepada Peranchis dalam Playoff masih belum reda lagi... game kali ini aku ditemani oleh junior aku yang baru balik dari Unimas... memang kami sama2 minat team yang sama, tapi dia ni lebih2 pula kecewanya... macam ada buat pertaruhan ja...rilex la, game masih muda dan banyak lagi cabaran mendatang... dalam kesempatan tengok game ni, dia bercerita masalah yang dihadapinya di unimas baru2 ni...

anda pernah dengar masalah nda boleh pegang pen?? menurutnya, dia macam nda boleh pegang pen untuk menulis... lebih2 lagi semasa menjawab dalam exam, yang menjejaskan keupayaan nya menjawab... pastinya benda2 sebegini ada sebab nya... yang muncul dalam kotak kepala ku, kena buatan orang... mungkin ada orang yang dengki dan marah dengan nya, sampaikan dia kena buatan orang... pendapat aku, mesti yang kenakan dia adalah dalam kalangan kawan2 juga yang masih bertimbangrasa... penderitaan dalam konteks yang ringan2 dan tidak melibatkan nyawa melayang... ada orang yang mau kenakan dia dengan niat untuk menggagalkan nya dalam exam semata2... dalam hal2 sebegini, batas pergaulan adalah kunci... kita tidak menyedari dari segi tindakan atau percakapan, kita membuatkan seseorang tersinggung, justeru mengupah seseorang yang mahir dalam buat2 orang... kedua dan yang paling penting, kita mungkin suda jauh dari Allah... sebagai bekas pelajar sekolah agama, pengetahuan yang kita perolehi sedari sekolah agama lebih dari mencukupi dari mereka2 yang tidak pernah menuntut di sekolah agama... tapi kita abaikan segala pelajaran dan ilmu yang diperolehi... kita tolak ketepi... akhirnya kita tidak mempunyai dinding yang sebenarnya lebih dari cukup untuk kita menghalang anasir2 jahat... kita lupakan solat dan al-quran bila kita senang dan gembira... bila dalam keadaan susah, kita rujuk kepada dukun2 atau bomoh2 yang mampu melawan ilmu guna2 ni... dan kita mungkin sembuh mungkin tidak, kalau pun kita sembuh, sampai bila kita hendak bergantung dengan bomoh dan dukun... aku sempat katakan dengan tegas dan sindiran kuat, bayangkan kalau masa tu kita jauh dari bomoh dan dukun ni, dengan siapa lagi kita meminta bantuan??? tidak lain tidak bukan, Allah sahaja yang sentiasa dekat dengan kita, yang Hanya dapat membantu kita... oleh itu, kita jangan sekali2 jauh apalagi lupa kepada Allah... aku sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara2 ku...

cerita tentang sipitang, kemarin aku berkesempatan menjenguk orang kawin di sipitang, adat2 kawin mungkin orang Brunei... dari rumah pengantin lelaki, rombongan ke rumah pengantin perempuan, bersanding sekejap di sana, kemudian rombongan membawa pengantin perempuan ke rumah lelaki pula... pengalaman semakin banyak diperolehi dengan aktiviti sebegini... walaupun jauh, sekurang2 nya, aku dapat juga menjejakkan kaki ke sipitang yang selama ni hanya didengar melalui mulut orang dan dilihat melalui peta sabah... masing2 bangsa mempunyai adat dan budaya dalam berkahwin ni, nda apala buat la apa2 yang patut selagi mana tidak melanggar hukum agama... aku bila pula??? eh2 buat lawak pula aku ni...

kisah cinta kawan ku nampaknya belum lagi menampakkan akhiran yang positif walaupun sedikit2 keruh dibuang... aku suka menyimpulkan bab ini dalam kategori dilema cinta... sepertimana aku cakap selama ini, dalam kes kawan ni, kalau aku tanya 10 orang, 9 daripadanya akan membuat cadangan supaya dia putuskan hubungan itu... setakat ini, hanya aku sorang yang menentang keputusan ini... mungkin memang suda sikap aku yang suka membuat keputusan yang tidak majoriti, tapi keputusan aku ni aku timbang dengan perasaan kawan ditambah lagi dengan panjangnya usia hubungan itu... oleh itu, dimana letaknya yang aku katakan sebagai dilema cinta?? ini bukan nya jawapan yang boleh digeneralisasikan, hanya pendapat individu...

dia masih sayang/cinta dengan ceweknya, tapi perasaan itu tidak lagi seperti dulu... bila cewek call, dia akan jawab macam nda semangat(konon nya tiada perasaan lagi la)... sms juga tidak lagi sehebat dulu... dalam masa yang sama, ada seorang cewek aktif call n sms yang boleh dikatakan sebagai pengganti la... bila cewek ni call, dia jawab dengan penuh kemesraan (macam pasangan kekasih la) walaupun dinafikannya ada hati... dalam situasi ni, kalau anda faham, faham la, kalau nda faham, abaikan ja k... dimana dilema nya? kawan ni mahu ceweknya kembali padanya, tapi sebelum tu, dia mahukan cewek ni tadi, merasa sengsara seperti mana yang dirasainya sebelum ini... dia rasa puas bila berbuat begitu... tapi aku katakan aku berani bertaruh, kalau cewek nya nda call dalam sehari, dia pasti jadi nda betul... walaupun hanya sekali sekali dan jarang sms... dia rasa awek yang selalu call n sms tu sebagai penyebab dia jadi senang... aku nafikan hal ini sebab dua hal di atas berlaku serentak... inilah yang aku katakan Dilema Cinta... ada orang, bila kecewa bercinta, akan cuba untuk membalas dendam dengan cewek nya dengan cara melakukan perkara yang menyakitkan hati pasangannya... dia rasa tindakan nya betul... apapun yang dilakukannya, buatlah yang penting dia rasa puas dan gembira.... walaupun aku rasa tindakan yang tidak rasional...

Nota Suara Aku sering kali berpesan kepada orang yang aku nasihat hal ini, Aku cukup memberikan nasihat, kalau diterima terima kasih, dan kalau tidak diterima terpulang lah, cuma kalau berlaku apa2 yang teruk selepas nasihat tidak diterima, jangan aku dicari atau disalahkan... ada faham?? selamat menempuh hari-hari mendatang dengan tenang.... Ingatlah, firman Allah "jangan takut dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita"...

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....