Skip to main content

Aku Bukan Anak yang Baik

tidak bertujuan dalam hati untuk menghebohkan apa yang telah berlaku minggu lalu... tapi tapuk macam mana pun, orang akan tau juga... post ini juga hanya sejarah yang telah tercatat dalam kehidupan ini... agak menyedihkan aku telah kembali menjadi bujang... tidak ada ikatan apa-apa lagi... banyak hati yang terguris dengan kejadian ini... terutama sekali mama... mama terlalu sayang dengan orang yang tidak jadi menantu nya... aku tidak salahkan mama bila mama salahkan aku yang sebabkan putusnya perhubungan ini... mungkin mama terlalu emosi atau memikirkan masalah yang bakal dihadapi bila balik kampung nanti... macam kata bapa, ibarat disapu najis ke muka bila berhadapan keluarga di kampung... ya aku akui, aku bukan anak yang baik...

aku mungkin sudah menjalankan tugas2 sebagai seorang anak... aku terangkan dan jelaskan dengan bapa n mama situasi di pihak aku serta keputusanku... dan bapa sudah membuat keputusan sebelum kami berangkat ke papar... dan pihak perempuan (kalau aku boleh katakan perempuan sahaja), suda tetap dengan keputusannya... sepertinya mereka tidak mau masuk campur hal ini dengan tanggapan yang akan hidup nanti adalah aku dan dia... itu betul yang hidup aku dan dia, tapi aku serahkan keputusan kepada bapa dengan niat, semoga dengan mengikut cakap orang tua, hidup aku lebih berkat... kalau ikut kata hati muda, memang putus adalah perkara yang mudah... nda payah pikir yang akan datang... tapi apa guna ada orang tua kalau tidak minta pandangan dan pendapat mereka... dan lebih2 lagi ikut kemahuan mereka, kata bapa, isteri boleh cari tapi tidak orang tua... selagi masih ada hayat, apa salahnya penuhi permintaan mereka...

seperti yang aku katakan sebelum ini, aku memang tidak pandai memujuk... dan sebab itulah mungkin punca utama perkara ini berlaku... huh... aku tidak mau ungkit perkara lalu, biarlah aku yang bersalah dalam hal ini... faizal pun marah bukan main lagi tadi... aik, orang lain steady ja dia pula mengencang... betul apa yang dia cakap... luaran mungkin bapa nampak steady, tapi dalam hati siapa tau...

terima kasihla dengan dia sefamili atas layanan selama ni, aku minta maaf atas apa yang berlaku... untuk mak n bapa serta famili, aku bukan anak yang baik, sanggup menitiskan air mata mama dengan kejadian yang berlaku ini... tapi apakan daya... meminjam kata2 frust, redha atas ketentuanNya... moga dipercepatkan jodohku dengan perempuan yang faham dengan aku dan mampu menundukkan aku dan segala keegoan lelaki bernama Irman Rahaban...

Nota Suara Aku juga mohon maaf kepada kawan dan saudara yang merancang ke sandakan hujung tahun ni untuk menyaksikan raja yang nda jadi raja ni... kalau mau datang pun tidak salah juga ba tu... aku sentiasa mengalu-alukan kehadiran semua... adios!

Comments

Abah Mui'zz said…
Apa yg berlaku, ada hikmahnya. Mungkin hari ni kita tak nampak, tapi yakinlah, ada hikmah kebaikan dari situ.

InsyaAllah, bila doa tak pernah putus, usaha tak pernah padam, niat masih tetap pada landasanNya, jangan gundah gulana, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Life must goes on...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!