Skip to main content

BERSYUKUR TANDA KETEGUHAN IMAN


Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri

Senyum umpama titian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum,
Ku tersenyum,
Kemesraan menguntum...

Itulah yang dapat aku gambarkan hari ini. Permulaan pagi yang di rahmati dan moga2 diredhai Allah. Tidak semua dikurniakan ni'mat sebegini. Dan tidak selalunya kita berada di bawah lindungan ceria ini. Maka bersyukurlah kita selalu kepada-Nya.


Topik hari ni, kalau anda masih ingat adalah tema Maal Hijrah tahun 2000, kalau nda silap. Maka bertepatan juga dengan hari Jumaat dan penghulu segala hari juga kita berada dalam bulaln Ramadhan ni, Nota Suara Aku ingin lah pula sekali sekala menyampaikan peringatan dan pesanan kerana Nabi pernah bersabda

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain"

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Jadi aku pun ingin lah mengambil kesempatan, semoga aku juga tergolong dalam kelompok ini dan begitu juga dgn anda semua. Cewah, kalau macam ni tutup kedai lah blog 'klinikminda'.

Berbalik kepada topik hari ini, sekuat badang, sebijak kancil , hatta sebesar gunung pun pangkat dan darjat kita, hakikatnya kita tetap lemah di sisi Allah. Bersyukur akan sentiasa mengingatkan dan meletakkan kita di tempat kita jua.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud pula,

"Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?." Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit `wahan'". Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu hai Rasulullah?' Nabi kita menjawah: "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Persoalan yang mesti kita jawab sendiri ialah, adakah kita menghidap penyakit ini. Mencegah lebih baik dari merawat, perbanyakkan amalan lebih mudah dari memperbaiki kesalahan sendiri kerana apabila melekat dan sebati dengan diri, apa juga yang benar akan kelihatan salah, dan salah akan ditetapkan sebagai benar.

Cukuplah tazkirah hari ini dari aku. Pesanan pujangga, yang baik datangnya dariAllah dan yang lemah itu dan buruk kelemahan diri aku.

Assalammualaikum wbt.

Comments

Anonymous said…
entry yg menarik hari ini irman, memang menarik dan membuka minda kita untuk berfikir.

Baguslah itu irman kita saling ingat mengingati

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....