Skip to main content

KAD RAYA

Semestinya di musim begini, kad raya menjadi pengganti diri untuk mendekatkan diri dengan ahli keluarga yang jauh, rakan2 dan yang tersayang. Di mana juga kad raya dijual dengan bermcam cara untuk menarik keuntungan. Kalau dulu gambar ketupat menjadi ikon kad hari raya tetapi sekarang tidak lagi.

Badan korporat memilih untuk menggunakan kad yang simpel tapi mahal, hanya 'selamat hari raya' menjadi tatapan si penerima. Bagi pasangan kekasih pula, kad yang dapat meluahkan perasaan akan menjadi pilihan. Bagi yang sempoi,selalunya akan menghantar kad yang sesuai dengan jiwa lah.

Apapun jenis kad yang digunakan, hanya satu matlamat nya, mengeratkan hubungan yang sudah terjalin dulu.

Aku mau hantar kad raya yang paling banyak tahun ni. Nda macam tahun2 sudah, aku hanya bagi org2 yang penting dlm hidup aku. Kalau nda silap, nda sampai pun 20keping aku hantar. ekeke. Bukan sebab apa tapi bajet tiada.

Lebih surprise aku mungkin akan cipta sendiri kad raya utk lebih jimat.hahaha. Bercerita tentang kad raya sendiri ni, aku lebih merasakan kedekatan pengirim dengan penerima. Si penerima akan dapat menyelami makna sebuah kad raya buatan sendiri.

Tapi Nota Suara Aku teringat pula kata orang lain padang lain belalang lain orang lain ragamnya. Sesetengah penerima tidak akan cuba untuk menghargai hasil kerja kita, sedang kita berusaha bersungguh2 untuk menghasilkannya. Kan!

Aku masih ingat dulu, masa mula internet diluaskan penggunaannya pada tahun 1999! pencetak kad raya risau dan gusar tidak ada pembeli kerana beralih untuk menggunakan kad raya maya ja' . Tapi sangkaan mereka ni meleset, kerana memang matlamat nya sama tapi perasaan tu tidak sama. hmm..sebab tu hingga ke saat ini kad raya masih wujud....sekian cerita sebuah kad raya!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!