Skip to main content

RAMADHAN, INDONESIA ,PRK O5/06

ESOK semua umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan dengan berpuasa. Namun ramai mana yang tahu mengapa dan kenapa berpuasa? Aku sendri pun walaupun bekas pelajar sekolah agama, masih kurang memahami intipati puasa. Untuk mendalaminya, aku buka wab darul nu'man dan rujuk balik http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html . Bukan apa, ini satu cara untuk menginsafi kejadian diri dan muhasabah. Maka bila puasa, perkara2 berikut akan menjadi bahan bualan di mana juga:
  1. Solat tarawih; malam ni mau ambil berapa rakaat, solat di mana?
  2. Sahur dan sungkai; apa mau makan untuk sahur dan sungkai nanti?
  3. Kuih Raya; tahun ni mau hidang berapa jenis kuih, beli atau buat sendiri?
  4. Lagu Raya; kaset dan cd apa yang paling best, lagu raya apa paling best,?
  5. Pasar Ramadhan; di mana paling sesak dan kurang sesak, apa jenis juadah yang di jual kali ini?
  6. Dosa dan pahala; topik ini paling banyak di ingati dan di bualkan kerana setiap waktu kita akan teringatkan kita ni puasa tapi masih ada juga yang 'anyam ketupat'.
  7. Balik kerja awal; kakitangan awam akan balik awal dari yang biasa sebab takut jammed tengah jalan, alamatnya sungkai lah dalam kereta!
  8. Letih dan longlai; kesian tengok anak2 letih balik sekolah terutamanya yang baru belajar puasa. Tapi orang tua pun tidak kurang nya juga sebab kena bangun awal sediakan sahur dan nda bole rehat sediakan juadah berbuka (sungkai).
  9. Mawi; sudah pasti ini topik baru di mana juga sebab orang paling popular setakat ini. Kalau nda percaya, cuba dengar di radio masa dekat raya mesti dengar suara 'world' ini nyanyi lagu raya, bazaar2 pun jual juadah nama 'world' dan juga baju Melayu serta pastinya tudung Mawi akan menjadi rebutan kita( kecuali aku lah).

Begitulah situasi yang ada dan berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini.

Tragedi pengeboman di Indonesia, sekali lagi orang Islam di tuduh sebagai dalangnya. Apa yang pasti kejadian begini, aku sudah nda kisah lagi. Aku tetap katakan ini ada udang di sebalik batu. Kita pula terlalu cepat melatah dengan angguk-angguk bersetuju dengan andaian mereka2 ni.

Pilihanraya Kampus kali ini dikatakan sebagai paling tidak bermaya sebab tindakan boikot oleh kumpulan idealis mahasiswa @ pro pembangkang. Aku ingin mengulas senario yang berlaku di IPTA ini. Kalau aku pun, boikot adalah pilihan juga tapi bukan yang pertama. Kejadian ini dari kacamata pandangan aku ialah disebabkan berlaku ketidakadilan dalam PRK ni. Aku juga pernah terlibat dalam PRK ni jadi tahu lah sedikit2 selok-belok nya. Ada pihak yang menubuhkan grup untuk memperalatkan mahasiswa atau lebih tepat lagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk kepentingan sendiri.

Sebagai MPP, ia seharusnya menjadi badan yang bebas dan tidak tertakluk dengan HEP kerana pemilihan atas undi pelajar universiti sendiri. Namun sebaliknya, MPP juga seperti persatuan pelajar dan menampakkan tidak ada keistimewaan pada badan ini. Contohnya, setiap program anjuran MPP perlu mendapat kelulusan HEP. Bagi aku, MPP cukup lah berada dalam pengawasan AUKU semata2 walaupun ada batas2 dalam AUKU ini. Maksudnya, program yang di anjurkan tidak perlu mendapat kelulusan HEP asalkan tidak melanggar AUKU. Masalah timbul apabila kertas kerja sampai kepada pentadbir, dan kemudian mencabar akhirnya kertas kerja ini akan ditolak. Mungkin belum pernah dihebohkan tapi inilah hakikatnya.

Banyak lagi yang boleh untuk dipertikaikan dalam PRK dan MPP ini. Nota Suara Aku membiarkan semua untuk berada dalam misteri dan kalau mampu bongkar segala 1001 permasalahan nya!

Comments

Anonymous said…
kalau betul2 difikirkan memang byk isu irman, kadang kala Am hanya bercerita tentang isu yg Am nak komen sahaja.

Selamat berpuasa irman

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....