Skip to main content

MENGHITUNG HARI

Hanya tinggal empat hari aku praktikal. Hanya tinggal 11hari sebelum balik Sabah cuti raya dan cuti semester! Hanya 22 hari lagi sebelum laporan magang dihantar kepada Jabatan. Hanya ada sebulan lebih lagi untuk mengetahui keputusan aku bole berdebat lagi atau nda.

Tapi aku terlupa untuk menghitung hari, hidup di dunia ini. Aku juga terlupa untuk meninggalkan pesanan kepada mereka. Sebab aku nda tahu bila kesudahan kehidupan di dunia ini. Di mana sahaja, walau apa juga keadaan, kita semua sebenarnya dalam bahaya!

Tragedi yang menimpa ke atas seorang lelaki, dirempuh oleh sebuah kereta sewaktu sedang tidur di dalam bilik, tengahari Jumaat lalu...amat memilukan. Lebih2 lagi gambar isteri dan anak2 mangsa yang nampak sungguh tabah!

Apakah yang perlu dibuat bagi membendung masalah ini dan juga bagi membela mangsa2 yang tidak berdosa ini. Apakah perlu ada hukuman yang sangat berat dijatuhkan kepada pesalah disamping membela keluarga mangsa. Satu hukuman yang cukup berat ialah penjara dan sebat perlu bagi mendidik pemandu2 jalan raya. Disamping itu, hukuman ini tidak cukup hanya dikenakan kepada pesalah. Pesalah juga mesti membayar pampasan yang berbentuk kewangan dan material bagi menampung keluarga ini dan seterusnya mengurangkan beban ke atas mangsa.

Paling penting sebenarnya penguatkuasaan untuk melaksanakan hukuman ini. Kalau tidak ada tindakan atau pesalah sentiasa diberikan kelonggaran, maka aku cadangkan nda payahlah hukuman yang aku cadangkan tadi dibuat. Sebab semuanya sia2 belaka.

Mungkin kejam bentuk hukuman yang aku cadangka, tapi terlajak perahu boleh diundur, tapi orang yang kehilangan nyawa tidak boleh untuk diganti. Maka hukuman juga tidak boleh untuk diringankan. Ramai yang akan pertikaikan, apa rasional bentuk hukuman yang aku cadangkan!

Semalam aku sudah tengok VCD CT Nurhaliza di Royal Albert Hall, London....Bestnya! Cuma bagi aku kurang meriah sebab CT menyanyi secara solo tanpa penari kecuali segmen lagu2 tradisional! Apapun mungkin untuk memfokuskan vokal CT. Syabas!

Nota Suara Aku berbicara dua perkara, dua situasi, dua reaksi dan ntah lah....apa yang ingin disuarakan dan disejarahkan hari ini. Sebagai pesanan yang tiada kaitan dengan topik hari ini, jangan kita cakap ikut suka, sebab kalau pendekar, patah keris alamatnya mati, kalau pendebat patah lidah alamatnya kalah!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!