Skip to main content

SELAMAT HARI RAYA

Aku mau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang menjenguk blog aku ni. Ucapan ni aku buat awal2 sebab esok aku akan mula bercuti di kampung. atas sebab2 yang tidak bole dielakkan, aku mungkin tidak akan menulis blog untuk lebih kurang 2 bulan, kalau adapun seminggu sekali......

Insya-Allah kalau ada pun bukan hari2 seperti biasa! dan mungkin situasi nya berbeza sbb environment di kampung lain sangat berbanding kl!

Semalam kakak yang sulung aku masuk hospital sebab salah makan ubat yang di bg hospital. Bodoh betul la durang ni, mau ambik nyawa orang lain kah!(marah). Kakak ku muntah2 sampai nda bole bejalan....ni kes parah ni..smpi stkat aku tulis ni, aku belum call rumah lagi utk tanya perkembangan.

Langit tidak selalunya cerah dan kadang2 tu hujan lebat sampai mau balik kolej pun susah.....nasib baik la ada member yg sudi pinjamkan motor nya sama aku....klu nda mesti aku berbuka di ofis ja...hahahah

Semestinya mengungkap cerita Hari Raya ni,nda banyak kenangan yang bole aku kongsikan sebab aku ni jenis yang nda suka berjalan2...lebih2 lagi aku ni kan perantau sejak fom4.....jadi kawan pun semuanya jauh2 belaka. Ada 2-3 orang ja kawan yang aku rapat time sekolah di sandakan. Itupun, bila cuti raya selalunya durang ni akan balik kampung masing2 juga.Jd memang tiada tempat yg dikunjungi melainkan rumah pacik dan macik aku ja....Aku ni ibarat pelayan tetamu ja, harapkan kakak dan adik2 pompuan....durang ni memang suka berjalan...siap ada jadual lagi, turn siapa jg rumah layan tetamu, turn siapa meronda jmpa kawan2...

Bila raya aku memang lebih suka duduk rumah pun, sebab hanya dirumah yang bole memenuhi keinginan makanan peberet! Mau cerita ka? Nda payah la sebab sangat komplex makanan ni....makanan kita kan berbeza...aku akan cerita nanti siap dengan gambar lagi supaya senang sikit mau cerita...dan nda la pening kepala dan pecah kepala mau imagine kan..kan..kan!

Sebenarnya tiada topik yang dapat aku kongsikan hari ni sebab aku nda tau pun perkembangan Malaysia hari ni apalagi dunia hari ini.....mahasiswa zaman sekarang ni manja betul....ish3, patut la susah dapat kerja, klu dpt pun sebab ada kemahiran lain mcm komputer ka....PR yang tinggi dan yg paling utama ada kabel.Aku ingat lagi member aku cakap, nda payah ambil subjek2 yang ada value added ni....buat jatuh pointer ja....yang penting kabel ada....hahahahah, aku pikir betul juga ideanya....

Oklah...Nota Suar Aku kali ini mau berpantun pula
Kalau ada sumur di ladang
Boleh la aku tumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bole la kita bersembang lagi!

Comments

romzi seli said…
selamat hari raya

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...