Skip to main content

WAJAH BARU

Hari ini ada tambahan aksesori dalam blog aku ni. Terima kasih aku ucapkan kepada penasihat encik Am yang sudi memberikan tunjuk ajar dalam buat msjbox ni. heheheh, maka berwajah baru lah blog aku.

Akhbar semalam yang aku baca mengesahkan Merkel sebagai Canselor Jerman yang baru menggantikan Gerard Schroeder. Tapi mungkin untuk tempoh yang singkat berdasarkan kecelaruan pembahagian portfolio. Merkel pegang polisi Jerman tapi Schroeder pegang menteri luar Jerman. hah, ni yang menyusahkan.... apapun yang berlaku dan dibuat oleh Jerman, moga2 ianya nda mengganggu hubungan Jerman-Malaysia.

Aku lupa mau tulis semalam,hepi b'day Hasmiryadie yg ke18....tapi terkilan sikit sbb nda dapat wish sendiri...sms pun jadilah..tapi! apa pula wajah baru budak ni a?Biar dia sendri yg menentukan hala tuju nya sbb sudah besar kan( walau pun maintain kecik juga).

Pagi tadi sahur dengan Roti Canai, sedapnya nda terkata sebab lama sudah nda makan roti canai ni. Roomate ku siap buat lawak lagi.(mau kari yang dah berapa hari, aku cakap apa2 ja la)(balik bawa pesanan, aku tanya kari ni dah berapa hari, katanya yg dah nak buang kat tong sampah tapi oop2...aku makan )....layan ja lah roomate aku yang baik ni. Hari2 aku main pesan jak sahur. Bersyukur nya aku dapat roomate yang baik setiap semester. Dan yang ini aku rasa paling baik dan prihatin.

Sekarang sudah hari khamis, laporan magang belum siap.uwek 2x!
27hb ni sudah mau balik rumah, tapi macammana kalau belum siap lagi laporan....ni menuntut kepada wajah baru.

Nota Suara Aku selalu nya mengeluh dengan diri sendiri yang malas dan suka bertangguh.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!