Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2005

SELAMAT HARI RAYA

Aku mau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang menjenguk blog aku ni. Ucapan ni aku buat awal2 sebab esok aku akan mula bercuti di kampung. atas sebab2 yang tidak bole dielakkan, aku mungkin tidak akan menulis blog untuk lebih kurang 2 bulan, kalau adapun seminggu sekali...... Insya-Allah kalau ada pun bukan hari2 seperti biasa! dan mungkin situasi nya berbeza sbb environment di kampung lain sangat berbanding kl! Semalam kakak yang sulung aku masuk hospital sebab salah makan ubat yang di bg hospital. Bodoh betul la durang ni, mau ambik nyawa orang lain kah!(marah). Kakak ku muntah2 sampai nda bole bejalan....ni kes parah ni..smpi stkat aku tulis ni, aku belum call rumah lagi utk tanya perkembangan. Langit tidak selalunya cerah dan kadang2 tu hujan lebat sampai mau balik kolej pun susah.....nasib baik la ada member yg sudi pinjamkan motor nya sama aku....klu nda mesti aku berbuka di ofis ja...hahahah Semestinya mengungkap cerita Hari Raya ni,nda banyak kenangan yang bole aku ko

MENJEJAK CAHAYA YANG DITEMUI

Rasanya pelik tajuk entry hari ini. Sudah lama aku temui cahaya ini. Sejak aku mula mengenal alif ba ta. Interpretasi maksud kadang menampar. Kagum dengan tanda-tanda, tapi masih belum mampu untuk merubah kewujudan diri yang lalu. Aku aku lah juga. Tiang yang aku tegakkan aku robohkan sendiri. Cakap berdegar-degar, tapi tidak serupa bikin. Kadang setaraf pula dengan ciptaan tidak berakal. Astaghfirullah..... Dengki dan cemburu hati ini sentiasa ada tiap degup jantung dan hembus udara. Cahaya yang aku temui 14tahun lalu masih lagi aku raba padahal celik mata berkaca mata. Semalam aku call bro' di sekolah lama untuk meminta petua untuk mencuci hati. Tetapi kesempatan untuk bicara lanjut terputus kerana bateri hp nya kong(bengang betul). Benarkah keterangan orang yang berilmu itu tidak layak untuk mendapat ilmu dari orang yang kurang ilmunya? Atau kita terlupa "sampaikan kepada ku walaupun satu ayat" saranan Nabi s.a.w...mungkin nda juga. Logik akal, yang di cahayai akan ter

BELUM CUKUP KUAT!

Post ni aku buat lepas mrshaiii buat shoutbox...kepada semua ahli2 msjbox yg hadir aku mohon maaf banyak2 kerana aku belum cukup kuat untuk datang menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sabtu lepas... Cerita hari ini memang banyak tentang 'belum cukup kuat' . Pernah kah terfikir bahawa kadang kala kita belum cukup kuat untuk menghadapi cabaran. Kadang merasakan kekuatan yang dipendam dan dikumpul sudah mencukupi dan memadai untuk berhadapan dengan gelombang yang deras. Walaupun beranggapan musuh hanyalah lemah berdasarkan ujian atas kertas. Lihatlah bukti bagaimana hati ini luluh bila Chelsea hanya mampu seri 1 sama. Lebih memilukan pasukan yang menyekat kemenangan Chelsea tu adalah pasukan di tangga tercorot liga(Everton). Kalau macam MU nda apa sebab seri dengan Tottenham(ke2 liga). Tapi itulah realiti yang sukar untuk diteka. Sekarang sudah masuk Ramadhan yang ke20, tapi aku merasakan aku tetap aku. Tekad yang ditanam 20 hari yang lepas masih belum bercambah dan mengeluarkan bun

msjbox FASTBREAK

Sampai ke saat posting di taip, aku masih berbelah bagi sama ada mau pigi atau nda msjboxFASTBREAK ni....tapi insyaAllah klu ada kekuatan aku akan datang.... Hari ni Sabtu, tiada apa2 yg mau dibuat walaupun tesis belum siap dan mau dihantar minggu depan...aku mengambil keputusan singgah di CC dan membuat sikit catatan memandangkan semalam cuti dan nda pigi ofis... Takziah diucapkan kepada YAB Perdana Menteri...

DEBARAN YANG SEMAKIN BERKURANGAN

cis tepadam pula...nanti esok la aku cerita kan cerita debaran ni... tapi terima kasaih kepada rakan2 blog yang banyak membantu azhan.blogspot klinikminda.blogdrive activ8ions.official yieoff.blogspot sehingga aku ke tahap ini( membanggakan bagi aku la)!

SEMANGAT MEMBARA

Nota Suara Aku ingin mengajak semua untuk menyingkap rahsia disebalik aura "semangat membara". Aku buka satu laman sembang bekas sekolah ku. Semangat anak muda hari ini memang boleh dijangkakan. Sebab mereka ni berjuang ikut apa yg durang paham ja'. Sbg anak muda, paling penting ialah kebolehan kita untuk mencari dan menerima maklumat, kemudian membandingkan antara satu sama lain dan seterusnya mencari jawapan yang tepat. Tetapi, semangat membara yang ada pada jiwa remaja hanya akan membakar diri sendiri kelak. Lain pula halnya dengan Ratu Squasy negara, Nicol Ann David. Semangat membara untuk menjadi pemain nombor 1 dunia semakin berkobar-kobar. Terbaru kejayaan menjuarai terbuka Britain semalam memang sudah dijangka oleh aku lah. Selepas menang dengan Rachel Grinham( pemain no.1) di separuh akhir, aku menjangkakan kemenangan mudah di final. Dan betul! Menang mudah dengan straight set! Chelsea ni sepatutnya aku cerita dalam post semalam, tapi hari ni pun cerita tiada m

MENGHITUNG HARI

Hanya tinggal empat hari aku praktikal. Hanya tinggal 11hari sebelum balik Sabah cuti raya dan cuti semester! Hanya 22 hari lagi sebelum laporan magang dihantar kepada Jabatan. Hanya ada sebulan lebih lagi untuk mengetahui keputusan aku bole berdebat lagi atau nda. Tapi aku terlupa untuk menghitung hari, hidup di dunia ini. Aku juga terlupa untuk meninggalkan pesanan kepada mereka. Sebab aku nda tahu bila kesudahan kehidupan di dunia ini. Di mana sahaja, walau apa juga keadaan, kita semua sebenarnya dalam bahaya! Tragedi yang menimpa ke atas seorang lelaki, dirempuh oleh sebuah kereta sewaktu sedang tidur di dalam bilik, tengahari Jumaat lalu...amat memilukan. Lebih2 lagi gambar isteri dan anak2 mangsa yang nampak sungguh tabah! Apakah yang perlu dibuat bagi membendung masalah ini dan juga bagi membela mangsa2 yang tidak berdosa ini. Apakah perlu ada hukuman yang sangat berat dijatuhkan kepada pesalah disamping membela keluarga mangsa. Satu hukuman yang cukup berat ialah penjara dan se

ON OFF

Aarrrggghhhh....geramnya! semalam hp buat hal pula, tepat jam12 tgh malam macam dirasuk pula hp ni, sekejap on pastu off pula,on kemudian off pula, on lagi off pula. Aku sudah bengang yang amat, sampai tepikir mau baling hp n-gage kesayangan ni pg dinding. Nasib baik roomate aku ada sdg studi di bilik, malas mau ganggu dia. Aku pula masih waras lagi, kalau nda mesti ada kes virus komputer masuk otak orang!ekekekeke. Dari hp bejangkit pula kpd tuannya.On off, on off, on off...(nasihat kpd yang lain hati2 lah, virus skrg bole berjangkit dgn pemiliknya!) Tapi yg peliknya, hp tu nda padam pula bila masa dan date (1/1/2003) tapi on off kalau masanya aku betulkan tarikh asal! Pelik kan!Aku ambil keputusan untuk membiarkan hp aku bertarikh 1/1/2003 sampai la ke pagi. Sampai di ofis, aku memberanikan diri utk ubah tarikh ikut tarikh hari ni...14....10.....2005....On hingga kini!Hooraayyy! Ada aksesori baru lagi hari ni, bukan org ja perlukan jam tapi blog pun perlu juga. Kepentingan jam di blo

WAJAH BARU

Hari ini ada tambahan aksesori dalam blog aku ni. Terima kasih aku ucapkan kepada penasihat encik Am yang sudi memberikan tunjuk ajar dalam buat msjbox ni. heheheh, maka berwajah baru lah blog aku. Akhbar semalam yang aku baca mengesahkan Merkel sebagai Canselor Jerman yang baru menggantikan Gerard Schroeder. Tapi mungkin untuk tempoh yang singkat berdasarkan kecelaruan pembahagian portfolio. Merkel pegang polisi Jerman tapi Schroeder pegang menteri luar Jerman. hah, ni yang menyusahkan.... apapun yang berlaku dan dibuat oleh Jerman, moga2 ianya nda mengganggu hubungan Jerman-Malaysia. Aku lupa mau tulis semalam,hepi b'day Hasmiryadie yg ke18....tapi terkilan sikit sbb nda dapat wish sendiri...sms pun jadilah..tapi! apa pula wajah baru budak ni a?Biar dia sendri yg menentukan hala tuju nya sbb sudah besar kan( walau pun maintain kecik juga). Pagi tadi sahur dengan Roti Canai, sedapnya nda terkata sebab lama sudah nda makan roti canai ni. Roomate ku siap buat lawak lagi .(mau kari y

REBIRTH INTO REALITY

Mereka lahir semula selepas setahun menyepi. Mereka berjiwa Malaysia tapi rentak nya cuma hip hop. Cita-cita setinggi angkasa, sehingga sanggup bertapa dan bersembunyi sbl 'rebirth into reality'. Sangat kreatif dan patut dapat anugerah Melayu Glokal. Mungkin ramai yang tidak setuju tapi mereka juga seperti rakyat Malaysia yang lain, mem'popular'kan nama Malaysia ke serata dunia. Kalau nda percaya cubalah dengar lagu2 yang mereka nyanyi. Anak ayam; lagu rakyat yang dipopularkan dengan acuan rentak baru dapat menarik minat muda-mudi. Kemudian, dengar pula lagu Alhamdulillah dalam 2 versi. Bagi yang nda paham Bahasa Melayu dengar versi inggeris dan begitula sebaliknya. Realiti kita dan bagaimana mereka menggarap sehingga mampu menyentuh hati yang mendengar. Dua Dunia; lagu terbaru dan bergandingan pula dengan Siti Nurhaliza. Lagu ini bukan sekadar untuk meraih keuntungan, tapi kalau dihayati rasanya anugerah sastera pun layak untuk diberikan kepada mereka ini. Mereka lah T

KAD RAYA

Semestinya di musim begini, kad raya menjadi pengganti diri untuk mendekatkan diri dengan ahli keluarga yang jauh, rakan2 dan yang tersayang. Di mana juga kad raya dijual dengan bermcam cara untuk menarik keuntungan. Kalau dulu gambar ketupat menjadi ikon kad hari raya tetapi sekarang tidak lagi. Badan korporat memilih untuk menggunakan kad yang simpel tapi mahal, hanya 'selamat hari raya' menjadi tatapan si penerima. Bagi pasangan kekasih pula, kad yang dapat meluahkan perasaan akan menjadi pilihan. Bagi yang sempoi,selalunya akan menghantar kad yang sesuai dengan jiwa lah. Apapun jenis kad yang digunakan, hanya satu matlamat nya, mengeratkan hubungan yang sudah terjalin dulu. Aku mau hantar kad raya yang paling banyak tahun ni. Nda macam tahun2 sudah, aku hanya bagi org2 yang penting dlm hidup aku. Kalau nda silap, nda sampai pun 20keping aku hantar. ekeke. Bukan sebab apa tapi bajet tiada. Lebih surprise aku mungkin akan cipta sendiri kad raya utk lebih jimat.hahaha. Bercer

TIK TOK SIMPATI

tik tok...tik tok... buka mata, indahnya dunia... buka mulut, macam2 juadah yang masuk... buka suratkhabar, sedih....tapi itu Malaysia dan kita. tik tok...tik tok... tik tok simpati, lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Ahli Fiqr dengan maksud bercerita tentang dunia yang penuh dengan perang, pergaduhan, pengeboman dan kemiskinan. Realiti masyarakat terhadap keadaan ini ada kebenaran dalam setiap lirik lagu ini. tik tok...tik tok... masa terus berlalu, kita tinggalkan dunia luar tanpa sandarkan pada kenangan! Cuba perhatikan dan bayangkan situasi kita di bumi aman ini. Bangun pagi sarapan ( tapi skrg puasa lah), ptg balik kerja rehat, malam lepas makan malam tengok tv. Macam2 yang kita dengar tapi banyak mana yang kita ambil iktibar? Banyak mana kita bersimpati, dan sejauh mana kita dapat menterjemahkan simpati itu. Nota Suara Aku ingin berhenti menekan kekunci untuk hari Isnin dengan berbuka lah dengan ala kadar, habiskan apa yang kita hidangkan, bukan kerana membazir tapi itulah keb

SABTU YANG INDAH

Hari ni, aku rasa aman yang amat sangat. Lepas sahur dengan roti aku main game sampai lah ke jam 8 dan terus mandi. Pastu pigi bank ambil duit yang diminta dari bapa semalam.cis nda malu punya anak! Pas ambik duit,aku terus datang CC buat blog ni. Selalunya aku taip entry sabtu dan ahad hari isnin, bila masuk kerja. Tapi hari ni lain sikit sbb nda sibuk!Tapi ni pun nda bole lama2 sbb jam 10 ada training debat pula! dussh! Tapi sabtu yang indah bukan milik adik Ahmad Fuad Ahmad Saad ni. kesian dia! aku rasa ramai yg tau apa yg menimpa budak ni kan. Aku rasa nda salah kita bergumbira dengan main mercun tu. Tapi jangan melampau2 la, ingat sikit keluarga kita dan paling penting keselamatan kita. Nota Suara Aku memetik peribahasa malang tidak berbau tapi pahit bila terasa, tengit bila tercium, berat mata memandang berat lagi bahu ibu dan ayah memikul. Setiap tahun berita kemalangan melibatkan mercun ni sudah macam taik telinga pula di bulan Ramadhan. Satu lagi yang akan menjadi perhatian i

BERSYUKUR TANDA KETEGUHAN IMAN

Senyum seindah suria, Yang membawa cahaya Senyumlah dari hati, Duniamu berseri Senyum umpama titian, Dalam kehidupan, Kau tersenyum, Ku tersenyum, Kemesraan menguntum... Itulah yang dapat aku gambarkan hari ini. Permulaan pagi yang di rahmati dan moga2 diredhai Allah. Tidak semua dikurniakan ni'mat sebegini. Dan tidak selalunya kita berada di bawah lindungan ceria ini. Maka bersyukurlah kita selalu kepada-Nya. Topik hari ni, kalau anda masih ingat adalah tema Maal Hijrah tahun 2000, kalau nda silap. Maka bertepatan juga dengan hari Jumaat dan penghulu segala hari juga kita berada dalam bulaln Ramadhan ni, Nota Suara Aku ingin lah pula sekali sekala menyampaikan peringatan dan pesanan kerana Nabi pernah bersabda "Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Jadi aku pun ingin lah mengambil kesempatan, semoga aku juga tergolong dalam kelompok ini dan begitu juga dgn anda semua. Cewah, kalau macam ni tutup kedai lah

EMOSI TIDAK STABIL

Hari ni, emosi aku nda stabil. Pertama selsema yang melanda diri ini sungguh menyayat hati. Bayangkan lah, sekali ja bersin, terus bersambung sampai 5-7 kali! Mau sesak nafas aku. Badan terasa macam mau sakit macam nda. Ditambah lagi dengan sakit perut semalam sebelum sungkai ( berbuka). Macam-macam dugaan yang terpaksa aku hadapi, terutamanya bila puasa bermula. Aku cuba untuk kuatkan semangat dan berfikiran positif, semuanya ini adalah cubaan Allah swt kepada hambanya. Baru tarawih kedua, aku sudah miss! Sedih bila aku kenangkan semula. Aku nda tahan bila panas mula merebak ke seluruh badan sampai merebak ke kepala. Bantal, katil, selimut semuanya memanggil2 aku menemani benda2 ni! Aku kalah kepada mereka dan menemani mereka di kala yang lain menunaikan solat tarawih bersama-sama. Pagi ni pula, time masuk kerja dan mula buka komp untuk melayari dunia maya ini, sekatan sekali lagi membuatkan aku hangin betul. Bukannya aku salahgunakan pun, cuma sekadar menimba ilmu dari pelayar2 yang

CABARAN PUASA PERTAMA

Hari ini aku sahur di cafe, makan nasi goreng biasa dengan telur mata. Tapi malang sebab nda sedap masakan cafe ni, apa bole buat sekarang nda bole keluar kolej lagi untuk sahur( pekeliling belum keluar). Lagipun kalau bole keluar pun, transport pula tiada. Lepas makan aku cont. tidur sampai jam7. Bangun2 jak terus pula selsema, sampai setakat aku tulis ni pun, sudah lebih 20 kertas tisu aku gunakan untuk lap hingus yang mengalir nda henti2. Kalau mau diikutkan kata Melly dalam lagu 'Biar saja ini mengalir', alamatnya banjirlah ofis ni karang! Inilah dia cabaran puasa pertama aku! Aku lawat blog2 yang lain, aku tertarik tengok cara penyampaian nizam dan rakan2 bercerita tentang ramadhan dengan tema mubaraq. Diorang ni menggunakan foto untuk menyampaikan isi hati diorang. ehmm menarik sangat! Impress! Semalam tarawih 8 rakaat jak, biasala kalau studen yang handle kan. Aku solat di kolej ja...senang, mudah dan cepat walaupun kurang selesa(panas).. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

RAMADHAN, INDONESIA ,PRK O5/06

ESOK semua umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan dengan berpuasa. Namun ramai mana yang tahu mengapa dan kenapa berpuasa? Aku sendri pun walaupun bekas pelajar sekolah agama, masih kurang memahami intipati puasa. Untuk mendalaminya, aku buka wab darul nu'man dan rujuk balik http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html . Bukan apa, ini satu cara untuk menginsafi kejadian diri dan muhasabah. Maka bila puasa, perkara2 berikut akan menjadi bahan bualan di mana juga: Solat tarawih; malam ni mau ambil berapa rakaat, solat di mana? Sahur dan sungkai; apa mau makan untuk sahur dan sungkai nanti? Kuih Raya; tahun ni mau hidang berapa jenis kuih, beli atau buat sendiri? Lagu Raya; kaset dan cd apa yang paling best, lagu raya apa paling best,? Pasar Ramadhan; di mana paling sesak dan kurang sesak, apa jenis juadah yang di jual kali ini? Dosa dan pahala; topik ini paling banyak di ingati dan di bualkan kerana setiap waktu kita akan teringatkan kita ni puasa tapi masih ada juga yang

HADIAH HARI LAHIR KE-22

S ahabat, hidup semakin mencabar E lakkan dari noktah bengong L andaikan perjalanan yang hendak ditempuh A ndai rasa sukar untuk mendaki M atahari akan sentiasa terbit lagi esok hari A njak tempat berpijak, lonjak tempat bertapak T erlanjur jangan melukakan parut H ari istimewa ini biarlah terus-terusan A gar tidak ada dalam kamus hidup R imas. Bosan. Hilang Pertimbangan. Tekanan. I ngat ! masih ada yang menyayangi kita L aut dalam jangan di duga A ndai kail hanya sejengkal cuma H idup biar sederhana I lusi ini hanya permainan di alam nyata R oda kadang-kadang menjunjung, kadang pula menginjak I skandar Padzil S aat dan siang ini ku kirim dengan untaian K erongsang puisi butirnya perangsang A da bicara yang mungkin kau lupa Nota Suara Aku mengutus D oa untuk kesejahteraan dan ketenangan A ngin berhembus lembut mengirim lagu gembira R oda kadang bersih bila di atas, kadang akan kotor bila di bawah SELAMAT HARI LAHIR ISKANDAR HamZahidi 04 OKTOBER 2005 , 12.44am Serdang

LIVERPOOL DIPUKUL CHELSEA SELESA

Hahahahahahahahahahah.....ri ini aku cukup berpuas hati lagi sekali. Chelsea menunjukkan yang ke ' unbeatable' nya. Aku sungguh nda menyangka Liverpool gagal mengekalkan seri yang yang di ciptanya minggu lepas time EURO di Anfield, tempat kebanggaan durang. Walaupun aku nda tengok perlawanan semalam, tapi berdasarkan penceritaan dari syahrul @ activ8ions, memang rugi siapa yang nda tengok game semalam. Kesian, bila dengar Liverpool malu di hadapan penyokong sendiri, apalagi bila dihadiahkan 4 biji gol. Cerita ini hanya lah sebagai pembuka cerita hari ini. Aku akan mengedarkan borang soal selidik tentang rokok ni. Responden aku student2 dan mungkin sedikit staf2 di tempat kerja. Semalam aku layan Final Fantasy VII Advent Children, best nya grafik dan aku paling suka muziknya time lawan. Berkaitan juga dengan filem animasi ni, tahun depan akan ditayangkan cerita animasi ciptaan Yusry KRU tajuknya 'cicakman' . Masih tidak dipastikan apa latar belakang ceritanya sebab kata

BENGKEL KEMAHIRAN DEBAT 05

Aaaaaahhhhhhhhhhh Puas! itulah yang aku dapat ungkapkan. Akhirnya aku berjaya juga menganjurkan satu program. Selama ini, segala yang aku rancang hanya hangat2 taik ayam ja. Tapi kalau mau diceritakan pengalaman, memang sungguh mencabar menjadi Pengarah program dari belakang ni. Kertas kerja diluluskan sehari sebelum program berlangsung. Aku pun sibuk la mencari peserta2 untuk bengkel ni. Lepas peserta selesai, makanan pula mau order di mana, apa yg mau di makan oleh peserta2 ni. Nasib baik cafe ada pilihan terakhir untuk menyediakan makanan! Seramai 16 orang terlibat sebagai peserta. Bengkel ni dibuat untuk mencari peserta Debat Diraja bulan 11 ni. Mau tidak mau, bengkel mesti dibuat minggu ni juga sbb minggu depan sudah stat puasa. Takut peserta nda tahan sbb pengisian bengkel lebih kepada kemahiran bercakap dan mengupas isi pasukan. Terima kasih la kepada geng2 kelab debat atas sokongan mereka. Dayah, syar, jiha,nazi,kalui, syark, asif dan juga junio2 aku yg juga peserta merangkap a

WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER END

Lagu ni roomate aku layan sekarang. Bila boring2 atau sblm stat studi dia pun layan la lagu ni siap lirik di depan laptop, nyanyi di siring ku. Aku pula nda kisah dengan dia, sibuk layan main game cikai2 macam spot5, heavy weapon dan insaniquarium...kalau mau gila pula aku main Zuma, game katak yang aku paling hebat setakat ini dengan 34 katak aku bole kumpul....selagi nda dapat kumpul sampai 35, aku nda akan berhenti main game ni. Pedulikan apa orang kata, janji aku nda kacau orang. Tapi betul juga cakap member aku, nizam dalam blognya angin gila dengan org2 yg nda senang melihat org lain senang.Tapi ada juga orang yang macam tu. Aku sekarang baru draf soalan utk kajian pemerhatian aku. Minggu depan aku akan membentangkan pula keputusan nya...tunggu Topik pertama aku sudah pasti rokok. Sebut pasal rokok ni, aku pun nda tau sangat tentang bajet yang di bentangkan semalam. Maklumla sibuk sangat. Oktober ni, kita akan berpuasa..satu topik di smakk.biz apa persiapan menyambut ramadhan? Ak