Skip to main content

BERDIRI DALAM TUNDUK

Kemeneterian Pelajaran telah mengisytiharkan kemerdekaan kepada pelajar2 sekolah untuk membawa HP ke sekolah. Satu keputusan yang aku anggap sebagai tidak sepatutnya diumumkan oleh badan yang melahirkan generasi pemikir negara!

Aku tidak tahu lagi kenapa dibenarkan, tapi walau apapun alasannya kewajaran itu tetap tidak ada. Pelajar2 sekolah ni bukannya bisnesman nak hubungi customer buat meting. Sebahagian besar masa digunakan dengan P&P. Kalau kata senang dipantau oleh ibubapa, memang alasan budak2. Macamana pula HP yg tidak bermata dan bertelinga ni boleh memantau. Sedangkan yang sempurna kejadian macam kita ni masih banyak kelemahan untuk memantau ni kan pula tugas tu dipinjamkan ke bahu HP! Ini lawak komik pedalaman ni...

Aku juga ada baca peraturan ni dibuat sebab desakan ibubapa. Betul ka ni desakan ibubapa...atau ni desakan orang2 besar yang ada anak bersekolah, dengan cara ni mereka tidak perlu bersusah-payah hendak setelkan masalah HP kalau dirampas guru. Berapa ramai la orang kaya di Malaysia ni. Tengok sajalah masalah buku kerja yang banyak untuk dibeli ibubapa pun, berapa ramai yang meragam. Meragam diorang ni bersebab. Batasan kemampuan dari segi kewangan dan juga batasan guru yang tidak menghabiskan silibus sebab mungkin meting banyak, cuti sekolah banyak, atau juga banyak rehat. Aku pun alami juga, sebab adik aku 5orang sekolah dan aku tengok buku kerja diiorang tak abis pun dibuat. Tahun ni jer..sorang rm100 untuk beli buku kerja utk sekolah rendah! Itu yang aku nda puas hati!

Peraturan ni juga menampakkan yang kementerian tidak telus. Kenapa sebelum peraturan ni dibuat, satu soal selidik tidak diedarkan kepada guru2? Ataupun PIBG ka? Boleh dikatakan setiap hujung tahun ada saja perjumpaan dengan ibubapa pelajar untuk memberitahu prestasi pelajar. Ini yang aku katakan tidak telus. Peluang yang ada kabur oleh kemewahan saja.

Mungkin artikel ni nampak seperti menghentam kementerian, tapi inilah akibat yang sepatutnya ditanggung oleh mereka. Semalam Era juga buka topik ni dan kebanyakan mereka menentang. Setakat yang aku dengar, hanya 2orang yang bersetuju. Sorang tu ibu yang ada anak bersekolah di kwasan yang tidak ada telefon awam. Mungkin boleh diterima tapi mustahil juga sekolah tidak mempunyai kemudahan awam seperti ini. Yang sorang ni kelakar sikit, sebab dia ni penjual HP....tak heran la dia sokong pelajar pakai HP supaya makin laris bisnesnya!

Untuk mereka yang terbabit, keadaan ni tak lebih dari berdiri dalam tunduk! Membuat keputusan yang akhirnya akan memakan diri mereka sendiri. Percayalah, lebih banyak masalah akan timbul dengan keputusan ni. Lain kali ada lagi pasal HP di sekolah ni.

Seperti biasa Nota Suara Aku selalu teringatkan pepatah pasal belajar ni. Entah siapa yang buat tapi memang boleh diterima pakai mungkin satu hari nanti jadi pepatah Melayu...siapa tau!

Semua orang boleh belajar,
Tapi tidak semua mahu belajar,
Sebab itu ramai yang kurang ajar,
Bahkan dia pula yang tunjuk ajar,
Ikut suka hati mengajar!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!