Skip to main content

GRED ATAU ILMU

Kalau anda ingin melihat maju mundurnya sesuatu bangsa tersebut, lihatlah pada generasi mudanya. Jika maju generasinya, maka akan majulah bangsa itu, tapi jika generasi mudanya hancur, nantikanlah kehancurannya!

Dari tahun ke tahun, pelajar universiti akan silih berganti. Tamat satu generasi akan masuk generasi baru. Kewujudan universiti di negara kita bukan seperti 30 tahun yang lalu. Sekarang terdapat 17 universiti awam dan lebih 500 institusi pengajian swasta. Tapi yang pasti kewujudan ini bukan didorong oleh permintaan terhadap ilmu, tetapi gred!

Gred ini digunakan sebagai aset untuk mendapatkan pekerjaan selepas habis di universiti.( aku tidak gunakan frasa "habis belajar" sebab diorang ni bukan belajar pun, lagipun dalam belajar ni tidak ada penghujungnya").

Kawan aku pernah bertanya, bagaimanakah kita hendak menilai seseorang mahasiswa tanpa gred? Terdapat berbagai-bagai jawapan yang bernas, tetapi aku percaya tidak banyak syarikat2 yang akan menerima jawapan bernas ini dan menjadikan sebagai satu kriteria mengisi kekosongan. Gred tetap nombor satu.

Menjadi mangsa akibat fenomena ini, ialah pelajar2 sendiri. Sebagai pelajar universiti, aku sedih tengok pelajar yang datang kelas bukan kerana nak dapatkan ilmu tu, tapi sebab takut tak dapat exam sebab kehadiran tak mencukupi syarat masuk exam. Sebab itu ramai yang sanggup menipu dengan minta tolong dengan kawan untuk sign kan kehadiran. Tidak terkecuali tak puas meniru sejak sekolah, di universiti pun masih kekal dengan sikap yang sama. Universiti pun terpaksalah menggunakan segala kemahiran dan pengalaman yang ada untuk mengatasi masalah ini, antaranya seperti Kempen Jujur Kepada Ilmu. Banner ini akan kelihatan di musim exam lah.

Tapi sayang, ianya hanyalah promosi yang dianggap picisan semata. Nota Suara Aku teringat kata2 kawan aku tentang fenomena ni. Rupa2nya di antara gred dan ilmu, ada lagi yang lebih power dalam mendapatkan pekerjaan. Anda rasa apakah dia?Soalan ini akan dijawab minggu depan bagi mendapatkan pandangan blogger2 yang membaca post ini. Selamat berhujung minggu!

Comments

YuN said…
bila belajar...niatlah belajar dengan ikhlas kerana ilmu. Jika kita jujur menghormati ilmu...maka insyaAllah kita beroleh keberkatan. Dan keberkatan itu diperolehi daripada prestasi dan gred yang bagus.

Paling mudah...lihat dan wujud rasa kagum terhadap ilmuwan Islam sejati yang mencari ilmu demi mendapat keredhaan Allah swt...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....