Skip to main content

MENCARI MAKNA KEPEMIMPINAN

Hari ini aku sempat singgah di ofis tempat praktikal dulu untuk jumpa dengan staf2 yang dulu tolong aku time praktikal walaupun result magang aku boleh dikategorikan sebagai teruk!

Dalam kesibukan membuat projek pula dikurangkan dengan jadual aku yang sangat sedikit sem ni, aku mencari makna kepemimpinan. Bukan untuk suka-suka, tapi ini sebagai mengisi masa lapang hujung minggu. Jadi aku ikut Pidato Kepemimpinan anjuran kolej sebelah. Pertandingan ni interkolej tapi aku bertanding atas nama sendiri sebab kolej tak sponsor!

Orang kata sambil menyelam minum air. Begitulah yang boleh digambarkan tentang aku hari ini. Bahkan boleh ditambah dengan memungut pasir di dasar sungai. Sebabnya, aku cari bahan ni di ofis lama aku. Buka web yang mesti ada register. Lepas tu sem ni pula aku ambil subjek komunikasi kepimpinan, jadi ini satu proses pembelajaran la juga. Ketiga nya, ini juga dapat mengisi masa lapang aku. Yang paling penting, apabila ikut program macam ni secara tidak langsung aku dapat menambah pengetahuan dalam bidang kepemimpinan ni. Insya-Allah kalau ada rezeki, menang dapat hadiah dan ini kan satu kebanggaan bagi aku.

Setakat ini, aku dapat mengetahui bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai 3 asas iaitu Ilmu, Akal dan Amal. Pemimpin perlu mempunyai ilmu dalam bidangnya sendiri. Dalam konteks ini, ilmu yang perlu dimiliki oleh pemimpin ialah ilmu alam. Ilmu alam ni maksud aku ialah, mengenai alam sekelilingnya. Pemimpin berjiwa rakyat la senang ceritanya. Bila kita ketawa dialah yang membuat jenakanya, bila kita berpesta dialah yang mengalunkan iramanya, dan bila kita berduka dialah yang mengesat air mata kita. Tapi jika sebaliknya yang berlaku mereka ini tidak jauh bezanya dengan pemimpin jiwa berkarat!

Akal pula, semua orang berakal tapi sejauh mana kegunaan akal dan fungsinya khususnya sebagai pemimpin. Seorang pemimpin itu seharusnya boleh memimpin dan dipimpin. Pemimpin bijak untuk menentukan sesuatu keputusan berdasarkan pilihan yang ada. Bukannya ikut suka hati tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat. Pemimpin juga mesti menghormati orang yang dibawahnya jika ingin dihormati. Pepatah inggeris ada menyatakan dalam bahasa Melayu la aku terjemahkan. Anda tidak akan dihormati jika anda tidak menghormati. Bila berakal juga maka perancangan yang tersusun perlu diselitkan sebagai diari hidup supaya tidak kucar-kacir keadaan. Jika anda gagal untuk merancang, maka anda merancang untuk gagal! Ini pun pepatah Inggeris juga tapi aku takut kalau tulis dalam BI nanti salah pula grammar nya.

Amal. Inilah yang akan menentukan kredibiliti seorang pemimpin. Ramai orang tidak boleh memimpin sebab tidak ada kredibiliti. Cakap tidak serupa bikinlah. Apabila dia ingin perangi rasuah, maka kata-kata ini umpama di penjara janji. Semua orang akan memerhatikan sejauh mana ia menjadi pantang larang dalam kehidupan seharian. Selagi tidak dilanggar maka selagi itu kredibiliti beliau akan terjaga dan begitulah sebaliknya. Inilah juga tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua yang bergelar pemimpin.

Nota Suara Aku mengharapkan doa blogger supaya aku berjaya dalam pertandingan ni nanti. Sampai bertemu lagi di lain siaran( mcam siaran TV pula). Akhir sekali, bernafaslah dalam udara pemimpin di suasana pemimpin, duduk kita sebagai pemimpin, bangun kita juga sebagai pemimpin.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!