Skip to main content

Lelaki Idaman Malaya

Siapakah dia? Insan ni wujud pada hari Sabtu yang lepas kira2 pukul 10 pagi. Menjadi gempar lagi di malam hari sebab lelaki idaman malaya ni muncul lagi untuk menggegarkan kampus hijau UPM.

Di waktu mahasisa/i pergi bergumbira menonton pertandingan Band anjuran kolej Mohd Rashid, satu komuniti berkumpul ke arah menuju kepemimpinan intelektual. Lelaki idaman Malaya(LIM) ni menyampaikan cerita penglibatan Malaysia dalam NAM. Tujuh orang sedang berusaha untuk memberikan saingan menewaskan LIM ni. Dengan cerita PBB, Kuasa Veto, OIC, dan Dasar Luar Malaysia. Namun rezeki itu ada di mana-mana. Alhamdulillah, LIM ni berjaya merangkul kejuaraan Pertandingan Pidato Kepemimpinan Interkolej 2006.

Sebelum itu, pasti ramai yang tertanya-tanya adakah Lelaki Idaman Malaya ni kacak seperti Hero Remaja, atau mungkin juga seperti hero2 Hollywood? Itu satu andaian yang lucu sebab LIM sebenarnya jauh panggang dari api. Tapi LIM ni mempunyai satu keyakinan yang entah mungkin ada pada dia sahaja. Ada yang menganggapnya sebagai perasan! dan juga angkuh. LIM percaya bahawa rupa bukanlah syarat utama dia menjadi idaman. LIM ini percaya akhirnya orang akan melihat kepada budi pekerti dan sopan santun seseorang untuk menjadi temannya dan seterusnya menjadi idola dan idaman.

Nota Suara Aku ingin membongkar rahsia Lelaki Idaman Malaya ni. Dia menyembunyikan kekacakan di sebalik kaca mata.....Itu Aku!

Comments

Anonymous said…
Tahniah dari Am, lelaki idaman melaya ya, hehehe
irman_rahs said…
tima kasih2, esok jemputlah dtg kampus hijau sbb LIM ni ada debat budi bahsa final interkolej...
Abah Mui'zz said…
tahniah juga dari abah.
Anonymous said…
personality will always win over looks :)
irman_rahs said…
tapi itu hanyalah kesudahan drama2 di tv, tapi masih ramai yg silap dgn luaran

Popular posts from this blog

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky.......

KERJA

Hari ni baru ada kesempatan sikit utk buat entry dlm NSA ni. Buat pengetahuan aku sekarang ni suda dapat kerja yg kecil2 ja...matlamat awal untuk dapatkan pengalaman. Walaupun kerja ni nda memerlukan segulung ijazah, dan mungkin 0rg kebanyakan akan kata, nda payah masuk Univ la kalau kerja macam tu ja...tapi aku berpegang kepada matlamat sendiri... Mula2 plan mau kerja di Johor tempat Asif ja, tapi sebab aku rindukan rumah dan Sabah, maka aku mengambil keputusan untuk nda balik ke semenanjung lagi...aku ingin berkhidmat di Sabah. Mungkin juga ada akan kata kerja ni sebagai kerja sementara, tapi bagi aku biarlah untuk setahun dua kalau tahan la dengan karenah orang,yg penting kita dapat kenal persekitaran kita, tu yg lebih penting... Nota Suara Aku setakat ni ja untuk masa ni, banyak isu nasional yg mau dikupas, tapi biarlah dulu input maklumat terlebih dahulu...