Skip to main content

UCAPAN TAHUN BARU

Selamat Tahun baru kepada semua blogger....

Hari ini baru ada kesempatan untuk aku menulis blog...
itupun dengan kesabaran yg masih tersisa selepas menunggu lama untuk membuka blog ni disebabkan kepantasan yg ada pada komputer ni..
Semester sudah di buka minggu lepas tapi aku hanya akan sampai di kolej minggu depan...begitulah ragam orang jauh....beli tiket awal2 supaya dapat yg murah...tau2 semester dibuka lebih awal dari yg dijadualkan....ni kira sain mati ni....kena marah pun kena marah la....apa boleh buat...berani buat berani tanggung la kan...

Rasanya aku merindui untuk berhubung dengan blogger lain...kesempatan untuk berbuat demikian begitu sukar sekali....macam2 dugaan dan halangan yang perlu untuk ditempuhi.

Aku mau mengucapkan selamat bersekolah kembali kepada semua pelajar2 yang bersekolah.Ambillah peluang yang ada ini untuk mengaut segala kesempatan yang ada. ingatlah kepada yang tidak mempunyai kesempatan macam begini. Hari ini hari ketiga aku hantar adik bongsu aku ke tadika cina. Kadang aku ketawa juga melihat telatah budak2 yang baru bersekolah ni. Dari rumah lagi sudah nampak kesungguhan adikku untuk ke sekolah. Bangun seawal jam6 pagi sedangkan kelas jam8. Pukul 7.30 aku hantar pigi sekolah. Sampai depan pintu kelas nda mau masuk pula...takut bilangnya...terpaksa aku hantar sampai di tempat duduk...nasib baik nda menangis, sebab klu menangis alamatnya aku kena tunggu disitu sampai dia diam dan mau belajar. Lagipun dia bukan keseorangan, kan ramai kawan dan ditambah dengan Asyraf, anak buah ku yang duduk satu bumbung dengan dia.

Aku juga ingin mengucapkan tanhiah kepada pendebat2 UPM kerana menang juga akhirnya dalam debat diraja IPTA tahun 2oo5 di UKM setelah lama menunggu.Aku akan bercerita dengan panjang lebar bila ada masa lapang.

Okla ini ja kesempatan yang ada untuk hari ini. Aku kena balik hantar ikan yang dibeli di pasar sebelum aku singgah di sini. Takut kalau lambat balik, lauk tengahari nda sempat siap, mengamuk lagi kakak aku yang kerja tengahari memandangkan masa rehat nya cuma sejam.

Nota Suara Aku akhirnya berpesan untuk hari ini kepada pemain bola sepak seluruh negara, ada masanya kita di atas sebab dijulang dan kita gembira. Suatu ketika kita dibawah sebab dibuang dan kita MENGAMUK! siapa yang membawa kita keatas dan kenapa adalah sama jawaban kepada persoalan siapa yang membawa kita kebawah dan kenapa?

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!