Skip to main content

Telunjuk Tazkirah di Larang

Kesibukan tidak menghalang aku utk meluahkan rasa marah atas kebodohan masyarakat kita...Lantas tidak tertahan dgn tindakan yg akan diambil oleh mereka...

Sebermulanya begini, harini aku beli paper melayu, selak punya selak aku terjumpa keratan akhbar. Jabatan agama Islam melarang tazkirah sewaktu terawih dijalankan. Kalau kita ingat, bagi yg solat terawih di surau atau masjid, terdapat mcm2 cara yg digunakan oleh jawatankuasa utk mengimarahkan surau/masjid di bulan Ramadhan...

Antaranya, solat terawih 20 rakaat +3 witir......ada yg buat 8rakaat +3witir....selalunya yg buat 8rakaat ni ada lagi cabang2 nya. ada yg setiap dua rakaat dipenuhi dgn selawat dan doa...ada pula yg laju mengejar waktu...ada yg diselangi dengan tazkirah...

Jadi cabang ini yg mengungkit kemarahan ku....Di mana akal dan iman diletak oleh mereka ni? Salah kah kalau ada surau/masjid yg memenuhkan waktu yg singkat ini utk menyampaikan tazkirah? Kalau org tak datang surau/masjid, kita seru2 suruh datang. Kita terhegeh2 mengadakan majlis besar2an ceramah agama la konon....utk menyeru kepada kebaikan!

Lebih memalukan dan menjijikkan bagi aku, alasan yg diguna pakai tu adalah kita sibuk dgn keduniaan...ramai jemaah bekerja siang hari smpai malam, jadi keletihan menjadi sandaran larangan membuat tazkirah sewaktu terawih.....apalah bodoh sangat ahli ugama ni!

Kalau lah bole iman tu berlari dari hati mereka, nescaya kita akan nampak kelajuan iman berlari bersembunyi....

Kalau bole iman itu mempunyai wajah, mesti merah padam malu muka iman tu mempunyai tubuh badan yg busuk dan hodoh!

Di mana sebenarnya mereka(ahli ugama) ni?Aku tak nampak kewajaran ini....

Nota Suara Aku sedih dengan negara kita....sedih dgn watak dan peranan ahli Jabatan Agama Islam kita...bukan semua, tapi semuanya terlibat sama...moga2 kalau mereka ini ikhlas kerana Allah, walau sedetik di hati mereka, Allah akan bukakan pintu hati mereka ni di bulan yang penuh kerahmatan Allah....amiinnn

Comments

Anonymous said…
Inilah jadinya bila mereka membenar atau melarang sesuatu berdasarkan pada akal mereka bukan ilmu atau tuntutan dalam islam itu sendiri.

Mereka fikir islam itu berlandaskan pada akal fikiran mereka sahaja
Amin Ahmad said…
akal tak salah am oi..bukankah akal tu yg bagitau cik am bahawa apa yg mereka buat tu salah?

tarawikh ni bahasa arab tarweha (aku tak pandai eja)..maksudnya berehat-rehat. dulu nabi s.a.w. tak buat straight 8 atau 20 rakaat tapi nabi buat pastu berehat dan sambung lagi.

nabi tak wajibkan, malah nabi tak buat pun berjemaah. start zaman saidina umar r.a. yg buat jemaah dan 20 rakaat.

sekadar kongsi info. bab tazkirah ni, ni masalah org yg nak institusikan agama tapi tak kena gaya! kata lain - bangang! (huh, kurus pahala puasa aku..)
abiumar said…
Hehe itulah masalahnya bila institusi agama di politikan ... Tak gitu???

Itulah kita orang melayu smeua perkara na dikaitkan dengan politik...
Anonymous said…
Abah tak pasti dgn org lain, tapi abah fikir, dalam bulan Ramadhan inilah hati kita lebih lembut untuk menerima nasihat dan teguran yang disampaikan melalui tazkirah itu. Dan abah akui, tazkirah itu mampu untuk menarik minat orangramai sama2 bertarawih disurau atau masjid2.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!