Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2006

Ragam Manusia Gila

Ketika post ni ditulis, kakak ku baru ja telefon. Dia geram sangat dengan TRAGEDI yang berlaku pagi tadi. Katanya ini lanjutan semalam. Sebelum itu, semalam keluarga aku ada menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Majlis berjalan seperti biasa ja. Tapi pagi tadi mama dan bapa pengantin perempuan call rumah aku…teriak2…memaki2 lagi…tanpa segan silu…adat entah ke mana…budi bahasa dibuang di mana…menuduh mak andam pengantin lelaki mencuri duit diorang! Wah ini mencabar keluhuran hati seorang manusia ni…siap cakap tiada adat lah, senang cerita nilai2 murni la. Ragam manusia gila! Yang jadi masalahnya, tuduhan tu dibuat MEMBABI BUTA, MENYALAK ANJING! Bunyinya mungkin kasar, tapi org macam begini memang itu yang sepatutnya diorang dapat. Siap minta ganti rugi kehilangan duit tu. Terdapat beberapa kemusykilan tuduhan bodoh diorang ni. Ragam manusia gila! 1.dalam ramai2 orang yang ada dalam rumah tu, kenapa 2orang keluarga pengantin lelaki yang menjadi mangsanya. S

Rancangan Serba Nda Jadi!

Hari ni lambat buat post baru. Pagi rancang mau jumpa PA bincang projek aku ni. Tapi bangun jam10 pagi! Pukul11.30 gi makan ngan roomate di Putra foodcourt. Jam 1.15 solat jumaat. Balik ja terus lari gi bilik TV tengok Sana'y Wala Nang Wakas..Nda sempat abis tengok, asif ajak gi Alamanda pula... Hampir saja aku beli Buku A.Samad Said yang terbaru tapi asif cakap tunggu dulu sebab mungkin bole dapat diskaun dari ayah dia....jimat duit....tapi lepas tu iman aku tercabar lagi mau beli buku Antologi Puisi 1000, mcm tu lah bunyi nya...ada 1080 lebih buah sajak...maksudnya berbaloi dgn harga 60rm...tapi pikir2 minggu depan mau gi Pangkor...nda jadi beli la dulu...tunggu dapat duit dari Debat Budi Bahasa lepas cuti baru beli la pula....lagipun nanti beli banyak2 buku takut nda sempat abis baca. Bole dikatakan semua rancangan hari ni nda dapat dilaksanakan...esok semua orang mula bercuti mid sem...maksudnya kolej sunyi lagi minggu depan...banyak plan mau buat time cuti...tapi yg pasti

MENJELAJAH ALAM

Semalam nda sempat letak entry sebab kesibukan siapkan assgmt las minit. Pastu ada kelas pukul4 sampai kul5. Lepas kelas aku ke Mines dgn member tengok wayang!Longkhong.... Cerita ni mau kata seram tak seram juga. Tapi perkataan yang paling sesuai ialah NGERI! Aku cadangkan siapa yang lemah jantung atau lemah semangat tak payah tengok lah. Aku tengok tu pun, dalam hati aku cuma satu....bila mau abis cerita ni.....tak pun, bila nak siang?....kekejaman yang dilakukan oleh Cikgu Ponar tu sukar untuk digambarkan.....Ini lah rupanya kelas yang ditunjukkan dalam filem Thai....ending nya pun tidak disangka2....itu kisah alam panggung Semalam duit aku terbang lagi RM13.50 semata2 kerana buku 'Ke arah kelahiran Melayu Glokal'. Mulanya aku rasa waswas juga sebab takut tak mencapai standard yang aku inginkan. Aku tak suka buku yang hanya memuji yang tak patut. Aku juga tak suka buku yang bercerita pasal isu yang hanya memperbodohkan aku! Aku juga tak suka buku yang tidak membina pemik

MENJELAJAH DUNIA

Aku sudah di sem akhir d universiti ni. Tapi masih banyak tempat lagi tapak kaki aku belum jejak. Antara matlamat aku meneruskan pembelajaran di semenanjung ni, sebab aku mau melihat dunia luar. Aku nda mau terperap di dunia sendiri. Aku beranggapan hanya dengan melihat dengan mata sendiri barulah kita dapat meluaskan pemikiran kita tentang dunia yang luas ni. Banyak matlamat aku sudah tercapai, tapi aku rasa ni antara yang terpenting tapi belum terlaksana. Insya-Allah cuti mid sem ni, aku ikut coursemate balik Kelantan. Bestnya....kalau berjaya maksudnya negeri yang aku belum pergi akan berkurang list. Dulu, ramai orang tanya kenapa dalam senarai pilihan universiti aku tidak masukkan UMS sebab dekat. Aku rasa bila aku di Sabah sahaja, idea aku tidak akan berkembang. Aku mungkin tidak tahu untuk bawa motor kalau aku belajar di Sabah. Aku juga tidak mungkin dapat melihat Putrajaya, KLCC, KLIA, Menara Petronas dan mcm2 lagi la. Aku tidak mahu jadi macam katak di bawah tempurung. Han

Lelaki Idaman Malaya

Siapakah dia? Insan ni wujud pada hari Sabtu yang lepas kira2 pukul 10 pagi. Menjadi gempar lagi di malam hari sebab lelaki idaman malaya ni muncul lagi untuk menggegarkan kampus hijau UPM. Di waktu mahasisa/i pergi bergumbira menonton pertandingan Band anjuran kolej Mohd Rashid, satu komuniti berkumpul ke arah menuju kepemimpinan intelektual. Lelaki idaman Malaya(LIM) ni menyampaikan cerita penglibatan Malaysia dalam NAM. Tujuh orang sedang berusaha untuk memberikan saingan menewaskan LIM ni. Dengan cerita PBB, Kuasa Veto, OIC, dan Dasar Luar Malaysia. Namun rezeki itu ada di mana-mana. Alhamdulillah, LIM ni berjaya merangkul kejuaraan Pertandingan Pidato Kepemimpinan Interkolej 2006. Sebelum itu, pasti ramai yang tertanya-tanya adakah Lelaki Idaman Malaya ni kacak seperti Hero Remaja, atau mungkin juga seperti hero2 Hollywood? Itu satu andaian yang lucu sebab LIM sebenarnya jauh panggang dari api. Tapi LIM ni mempunyai satu keyakinan yang entah mungkin ada pada dia sahaja. Ada ya

GRED ATAU ILMU

Kalau anda ingin melihat maju mundurnya sesuatu bangsa tersebut, lihatlah pada generasi mudanya. Jika maju generasinya, maka akan majulah bangsa itu, tapi jika generasi mudanya hancur, nantikanlah kehancurannya! Dari tahun ke tahun, pelajar universiti akan silih berganti. Tamat satu generasi akan masuk generasi baru. Kewujudan universiti di negara kita bukan seperti 30 tahun yang lalu. Sekarang terdapat 17 universiti awam dan lebih 500 institusi pengajian swasta. Tapi yang pasti kewujudan ini bukan didorong oleh permintaan terhadap ilmu, tetapi gred! Gred ini digunakan sebagai aset untuk mendapatkan pekerjaan selepas habis di universiti. ( aku tidak gunakan frasa "habis belajar" sebab diorang ni bukan belajar pun, lagipun dalam belajar ni tidak ada penghujungnya"). Kawan aku pernah bertanya, bagaimanakah kita hendak menilai seseorang mahasiswa tanpa gred? Terdapat berbagai-bagai jawapan yang bernas, tetapi aku percaya tidak banyak syarikat2 yang akan menerima jawapan ber

IMEJ DAN MESEJ

Orang akan kata nasyid itu baik. Sebaliknya orang akan kata rock itu tidak baik. Orang juga akan kata pakai kopiah atau serban itu baik. Sebaliknya orang akan kata tidak pakai tudung dan berseluar pendek itu tidak baik. Tapi bukan sedikit yang akan mengatakan sebaliknya. Kenapa dan mengapa? Hari ini aku mahu berkongsi satu pandangan, antara imej dan mesej, anda dahulukan yang mana? Mungkin tidak dapat dinafikan ini adalah lebih kepada persoalan muzik yang tidak akan habis2 dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat. Dari orang bandar ke luar bandar, di darat ataupun lautan bahkan angkasa sekalipun. Dari budak tadika,murid2 sekolah rendah, pelajar2 sekolah menengah, mahasiswa/i, cikgu,pensyarah, jurutera, juruterbang, jururawat, buruh kasar dan orang tua juga tidak ketinggalan. Boleh dikatakan dengan muzik semua orang dalam satu tahap yang sama. IMEJ Muzik dapat membentuk imej kendiri. Daripada yang lembut boleh bertukar jadi keras dengan mendengar muzik. Daripada malu boleh menjadi ber

MENCARI MAKNA KEPEMIMPINAN

Hari ini aku sempat singgah di ofis tempat praktikal dulu untuk jumpa dengan staf2 yang dulu tolong aku time praktikal walaupun result magang aku boleh dikategorikan sebagai teruk! Dalam kesibukan membuat projek pula dikurangkan dengan jadual aku yang sangat sedikit sem ni, aku mencari makna kepemimpinan. Bukan untuk suka-suka, tapi ini sebagai mengisi masa lapang hujung minggu. Jadi aku ikut Pidato Kepemimpinan anjuran kolej sebelah. Pertandingan ni interkolej tapi aku bertanding atas nama sendiri sebab kolej tak sponsor! Orang kata sambil menyelam minum air. Begitulah yang boleh digambarkan tentang aku hari ini. Bahkan boleh ditambah dengan memungut pasir di dasar sungai. Sebabnya, aku cari bahan ni di ofis lama aku. Buka web yang mesti ada register. Lepas tu sem ni pula aku ambil subjek komunikasi kepimpinan, jadi ini satu proses pembelajaran la juga. Ketiga nya, ini juga dapat mengisi masa lapang aku. Yang paling penting, apabila ikut program macam ni secara tidak langsung aku dap

BERDIRI DALAM TUNDUK

Kemeneterian Pelajaran telah mengisytiharkan kemerdekaan kepada pelajar2 sekolah untuk membawa HP ke sekolah. Satu keputusan yang aku anggap sebagai tidak sepatutnya diumumkan oleh badan yang melahirkan generasi pemikir negara! Aku tidak tahu lagi kenapa dibenarkan, tapi walau apapun alasannya kewajaran itu tetap tidak ada. Pelajar2 sekolah ni bukannya bisnesman nak hubungi customer buat meting. Sebahagian besar masa digunakan dengan P&P. Kalau kata senang dipantau oleh ibubapa, memang alasan budak2. Macamana pula HP yg tidak bermata dan bertelinga ni boleh memantau. Sedangkan yang sempurna kejadian macam kita ni masih banyak kelemahan untuk memantau ni kan pula tugas tu dipinjamkan ke bahu HP! Ini lawak komik pedalaman ni... Aku juga ada baca peraturan ni dibuat sebab desakan ibubapa. Betul ka ni desakan ibubapa...atau ni desakan orang2 besar yang ada anak bersekolah, dengan cara ni mereka tidak perlu bersusah-payah hendak setelkan masalah HP kalau dirampas guru. Berapa ramai la o

PENGGUNAAN TALI PINGGANG KELEDAR

Hari ini MHI membuat laporan tentang penggunaan tali pinggang keledar untuk penumpang di tempat duduk belakang. Ramai yang mungkin menyedari tentang kewujudan benda ni di tempat duduk belakang memandangkan kebanyakan kereta terkini menyediakannya. Namun tidak keterlaluan jika aku katakan, ini hanya sebagai aksesori sebuah kenderaan. Kita hanya tau cakap untuk keselamatan, tapi berapa ramai yang mau untuk menggunakannya? Sedangkan tempat duduk depan pun dipakai bila berada di jalan besar sebab takut disaman, inikan pula untuk tempat duduk belakang pula! Bukan memandang rendah kepada pengguna jalan raya di Malaysia, tapi inilah yang terjadi. Bagi aku, tidak perlu untuk diwajibkan penggunaan tali pinggang keledar ni kepada penumpang di belakang, sebab ianya memang memBEBANkan. Pertama, bagi keluarga besar yang hanya mampu untuk memiliki kenderaan kecil 4tempat duduk, ini merupakan satu bahana yang menanti sekiranya undang-undang dikuatkuasakan.Tidak mustahil saman akan dikeluarkan kerana

UCAPAN TAHUN BARU

Selamat Tahun baru kepada semua blogger.... Hari ini baru ada kesempatan untuk aku menulis blog... itupun dengan kesabaran yg masih tersisa selepas menunggu lama untuk membuka blog ni disebabkan kepantasan yg ada pada komputer ni.. Semester sudah di buka minggu lepas tapi aku hanya akan sampai di kolej minggu depan...begitulah ragam orang jauh....beli tiket awal2 supaya dapat yg murah...tau2 semester dibuka lebih awal dari yg dijadualkan....ni kira sain mati ni....kena marah pun kena marah la....apa boleh buat...berani buat berani tanggung la kan... Rasanya aku merindui untuk berhubung dengan blogger lain...kesempatan untuk berbuat demikian begitu sukar sekali....macam2 dugaan dan halangan yang perlu untuk ditempuhi. Aku mau mengucapkan selamat bersekolah kembali kepada semua pelajar2 yang bersekolah.Ambillah peluang yang ada ini untuk mengaut segala kesempatan yang ada. ingatlah kepada yang tidak mempunyai kesempatan macam begini. Hari ini hari ketiga aku hantar adik bongsu aku ke tad