Skip to main content

Dalam Mihrab Cinta

Sebuah lagi novel yang aku habiskan baca dalam masa 1hari! satu kejutan juga untuk aku. novel ni bukanlah novel pilihan apabila aku melangkah ke kedai buku. apalagi harganya yang cukup telan liur jugalah.rm25.90. terpengaruh dengan penulis novelnya, Habiburrahman el-shirazy. novelis dari seberang yg menulis novel ayat-ayat cinta. aku tak banyak fikir terus ambil..sebelum aku terus kepada intipati novel ni, aku sepatutnya membeli novel tulisan Azizi Abdullah dan HM Tuah Iskandar. Tapi kadang2 aku membeli novel mengikut nilai yang ada dan ketebalannya supaya berbaloi dengan isi dompet. Memang ada satu novel AA yang nampak menarik Memoir Seorang Guru, tapi kegagalan aku membeli disebabkan ketebalan yang kurang. Jadi tunggulah lain kali aku beli juga tu.

Cerita yang menarik disampaikan oleh novelis seberang ni walaupun bahasa ada sedikit kurang difahami. Language Shock juga lah. Novel ni mengandungi tiga cerita dimulai dengan Takbir Cinta Zahrana, seorang wanita yang memilih jodoh smpi lanjut usia. Jodoh yang dipilihnya haruslah beriman atau menurut seorang kawannya separuh malaikat. Tetapi disebabkan Zahrana juga berpendidikan tinggi, justeru amat sukar mencari pasangan hidup yang sekufu dengannya..penderitaan yg dialami nya paling teruk adalah pembunuhan bakal suaminya (seorang penjaja keropok) sehari sebelum pernikahannya akibat dendam Dekan yg ditolak pinangannya oleh Zahrana. Memang hebat penceritaannya. Mampukah Zahrana menemui jodohnya sebelum ibunya menutup mata? Sendiri mau baca lah.

Kisah kedua ialah Dalam Mihrab Cinta. Namun sedikit mengecewakan dan terasa ditipu dengan cara 'marketing' sebab hanya separuh saja ceritanya disampaikan. Cuma bernasib baik jalan nya tidak ditinggalkan dengan persoalan. Mengisahkan fitnah yang memburukkan Shamsul sehingga keluarga nya tidak mempercayainya kecuali adiknya Nadia. Yang menariknya bagaimana Shamsul menebus malu yang ditanggungnya sehingga terpaksa merantau dan sekaligus membenarkan fitnah orang bahawa dia seorang pencuri. Desakan hidup dan doa dari ramai orang menemukan Shamsul dengan penjara dan pencuri..Sedikit sebanyak mengajarnya cara2 mencuri.

Kisah ketiga, Mahkota Cinta. CInta dua manusia yang ditemukan sewaktu dalam perjalanan ke Malaysia untuk tujuan belajar dan bekerja. Cinta makin berputik bila Zul menyelamatkan kegadisan seorang isteri(Siti Martini) dari suaminya yang tidak bertanggungjawab. Hingga membawa jatuh sakit Zul akibat menahan cinta. Hebat betul cinta karas Zul ni..tapi keduanya tidak sempat meluah kata cinta kerana keduanya malu tapi mahu. Dimanakah mereka akan dipertemukan.Dapatkan Dalam Mihrab CInta, satu dimensi baru novel/ penulisan (bagi aku).

Nota Suara Aku sedang menghabiskan novel kedua tulisan HM Tuah Iskandar. Sedikit yang dapat aku gambarkan penulis novel akan bercerita mengikut latar belakang nya. Cuma yang bezanya pengembangan imaginasi masing2 yang membuatnya lari dari situasi sebenar. AKU DIHATIMU.

Pembacaan novel dihujung minggu sedikit sebanyak mengurangkan keboringan aku di rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!