Skip to main content

Harta Paling Dicemburui

mari berkongsi sedikit pengalaman aku yg mempunyai adik-beradik ramai...13orang..rasanya ni dah tau pun, bagi yg tak tau la..idea ni keluar bila bercerita dgn abahmuizz di YM dan menyorot sedikit artikel yg abahmuizz baru keluarkan..

apa fungsi ibubapa dan adik-beradik?
bagi yg tidak mempunyai harta mcm aku ni, mmg sukar utk memahami kebaikan dan kelebihan mempunyai ahli keluarga yg ramai...di dalam rumah dgn 13 kepala(adik-beradik tak termasuk mak ayah, keluarga lain) dan bermcam ragam, kita kena kenal hati budi dan perangai adik-beradik...cakap tak boleh ikut suka mulut... marah tak bole ikut suka baran... kutuk kena tengok mood dulu...semua ni adalah persekitaran di luar sana, cuma skopnya lebih kecil sedikit jika dibandingkan di luar rumah...

hendak menyalahkan satu sama lain, hanya membuang masa semata-mata. apa yg penting, toleransi antara keluarga. juga perlu ada nakhoda yang akan menentukan arah mana hendak dibawa bahtera keluarga ni...dalam konteks aku, bapa merupakan nakhoda yang mempunyai autoriti paling besar. sewaktu kami belum bujang, semua kata yang keluar dari mulut bapa adalah pekeliling yang tak boleh dibantah kerana bapa memikirkan masa hadapan yang jauh lebih sukar. walaupun bapa seorang yang baran, tapi masih boleh dibawa berunding.

paling penting bagi seorang bapa, ialah kemahiran untuk main tarik tali dengan anak-anak. Bapa sering menasihat semasa di meja makan, sewaktu memandu untuk menghantar aku ke asrama dan hatta di dalam telefon pun sentiasa memberi nasihat...tidak cukup itu, aku masih ingat pesanan bapa sebelum aku masuk kerja baru disini...Jangan Sombong dan meninggi diri! Biarlah orang pandang rendah kita, jangan kita berlagak dengan pangkat yg ada...

apa pula peranan ibu?
mengetahui makanan kegemaran anak-anak. daya ingatan yang kuat tentang tarikh2 penting antara senjata seorang ibu..airmata tidak ditunjukkan selagi boleh tahan.. tapi bila kita nampak airmata ibu jatuh kerana berpisah dengan kita, airmata ni menjadi pendinding utk kita lebih tabah dan ingat dengan ibuayah...ibu jugala yg sentiasa melindungi segala perbuatan anak2 bila bapa naik angin...

kesanggupan ibu ke pasar bila mengetahui anak mau balik rumah, sanggup mencari apa juga kesukaan kita membuatkan aku cair utk melupakan jasa seorang wanita yg bergelar ibu ini. harta banyak tak penting, cukup ada ibu bapa yang hebat!

adik-beradik sewaktu kecil memang selalu bergaduh. aku dulu memang jenis tak mau mengalah dalam semua perkara..contohnya remote tv mesti aku yg pegang, duduk mesti depan tv, klu ibu membeli barang, keutamaan mesti tertumpu kepada aku..adik beradik memang cemburu dgn keadaan ni, tapi semua tu hanya bersifat sementara...kredit perlu diberi kepada aku memandangkan waktu tu hanya aku sorang lelaki dlm keluarga..jgn hairan la klu ini berlaku...tapi bila dah meningkat dewasa, perkara cemburu tak timbul lagi...kami faham kenapa ibu dan bapa buat begitu...walaupun begitu, kami sering nasihat menasihati bila bertelefon.. tegur mana yg perlu selagi tak menyinggung perasaan..lagipun itu nasihat mak bapa juga...biar sejahat mana adik-beradik, air dicincang takkan putus..bergaduh macam mana pun kita, bertikam lidah takkan mampu untuk menumpahkan darah yang sama...

setiap perkara yg dibincang perlu ada keputusan yang majoriti setuju...tolong setakat yang mampu...Nota Suara Aku meminjam kata kakak, ibu bapa adalah harta kita yg paling orang cemburui...

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!