Skip to main content

Rintih NSA

ini adalah catatan ke201 NSA. selalunya akan diraikan perkara2 yang genap sebagai memperingati dan tanda penghargaan dgn pencapaian. tapi malangnya aku tak tau apa yang perlu diisi untuk ruangan kali ni sbg menghargai tulisan ku...

dlm kepala ku sekarang ni, aku sentiasa memikirkan nasib mereka yang mengalami penyakit kronik sprt kanser... apalagi selepas merasa dengan lebih dekat keadaan keluarga terdekat... aku turut merasa dekat dengan keluarga ni, memandangkan aku suka mempunyai keluarga yang besar yg tidak hanya diperolehi dengan hubungan kekeluargaan mahupun hubungan perkahwinan...

aku jadi lebih peka dan prihatin..percaya atau tidak kepekaan ku ni hasil terjemahan pembacaan novel Sebening Rindu dari kamal. terima kasih la kerana memberi kesedaran betapa kita perlu untuk memberi semangat kepada penghidap kanser atau apa saja penyakit kronik.. ini kerana persepsi masyarakat, kanser adalah penyakit yg tidak ada ubatnya walau dengan jutaan ringgit yang kita miliki..

tapi percaya lah, di sinilah kita dapat menguatkan keimanan kita kepada Allah yg mengatur segala jalan kehidupan kita di dunia ini. melalui kesedaran ini aku ditemukan dengan buku la tahzan.. kakak aku mencadangkan supaya aku menghadiahkan buku ini, sbg sokongan kepada yg menghidapi apa juga kesukaran hidup... aku membacanya pagi tadi sementara menunggu giliran untuk masuk mandi...agak menyentuh juga dan meronta hati ini bila penulis mengungkapkan kita hanya menyebut Ya tuhanku, Ya Allah! hanya apapila kita dilanda kesedihan...betul kata penulis... Allah hanya kita ingati apabila diancam dengan mara bahaya... selepas itu, kita seakan lupa kembali dengan Allah...

Nota Suara Aku masih tercari dimana lubuk iman yang takkan pudar.... Nota senang untuk mengungkap parameter keimanan... Suara turut menzahirkan cara untuk mengingati Allah. Tapi Aku masih gagal untuk mendapatkannya... NSA rugi mempunyai ilmu tentang agama tapi tidak menggunakannya untuk kesenangan akan datang....kerana dunia masih muda....sedih dan bantu la aku...adios!

Comments

Amin Ahmad said…
aku fikir kau dah berhenti menulis..

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!