bila teringat perkara ni, hati akan berdegup kencang. telampau memikirkan situasi ni, menjemput migrain datang ke kepala ku. tapi aku tak mampu untuk meluahkan apalagi berkongsi dengan orang lain. dlm blog ni hanya untuk mengurangkan sakit kepala juga hint betapa masalah ni perlu diselesaikan dengan penuh bijaksana. InsyaAllah bila balik kampung, aku cuba untuk berbincang dengan bapa yg sebelum ni aku hanya luahkan dalam bentuk gurauan.
Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...
Comments