entri ini bukan untuk meratapi pemergian nurul, cuma aku tidak ingin lupus ingatan bahawa dia anak buah kesayangan ku... 24 April 09, Nurul menghembuskan nafas nya di rumah selepas mak pergi ke hospital pagi tu, dan melihat tanda2 nurul sudah nazak... mak mengambil keputusan menyuruh kakak memberitahu hospital untuk membawa Nurul ke rumah... mak pula menelefon pagi tu, menyuruh kami balik awal... tapi ego aku tinggi... kalau itu ajalnya, biarlah dia pergi tanpa melihat atau mendengar pakciknya ini menangis... dan sebaik pukul 10.30, mak telefon memberitahu nurul sudah di bawa balik rumah dan lebih kurang pukul 11, dia pergi menghadap Ilahi... aku, abg ipar dan adik ku menyusur jalan ke kampung dengan sugul... adik ku c Tja, suda menangis sepanjang perjalanan, aku maklum dia paling rapat dengan budak2... aku drive selaju yang boleh tapi seselamat yang mungkin... kami tiba tepat pukul 4petang... aku tidak sanggup untuk melihat jenazah nya dan air mataku menitis juga mengingatkan drama da...
Bercakap dgn nota lebih mudah didengar dan difaham.