Skip to main content

Cuti 260309-010409

Hampir sebulan blog ni sunyi dari perkembangan...aku agak sibuk kebelakangan ini dengan persiapan menjelang compliance audit untuk mendapatkan pensijilan ISO9001:2008... aku tidak pernah menghadiri sebarang training mahupun pendedahan yang formal mengenai benda ini... tapi yang jelas jika dulu aku amat membenci kewujudan ISO, dengan beranggapan kewujudannya hanya lah mendatangkan lebih banyak karenah birokrasi dalam organisasi... dan kini, aku terpaksa berhadapan dengan golongan manusia seperti aku 5 tahun yang dulu... boleh dikatakan aku bekerja 6hari seminggu, 11jam sehari demi memenuhi tuntutan kerja...

Dan kepantasan masa berlalu, melupakan aku hampir menjejak 9bulan perkhidmatan, walaubagaimanapun bos masih tidak berpuas hati dengan cara kerja yang dilihatnya... nyata hasil kerja bukan ukuran sama ada aku ni baik atau sekadar memuaskan... bos kata, dia sengaja menghujankan aku dengan kerja yang seperti jualan borong untuk melihat sejauh mana aku dapat mengurus masa dan kerja... dia sepertinya ingin membentuk generasi baru seperti aku supaya bekerja seperti orang kl...pantas dan tepat!!!

4/4/09; aku meraikan anak buah yang ke10... bayi perempuan seberat 26poin mengikut kata adik bungsu (yang membawa maksud 2.6kg) dengan nama Sharifah Ameenah(kalau tidak salah ejaan)...cantik dan sempurna kejadiannya... syukur Alhamdulillah dipermudahkan urusan kak Mang dan sekaligus mereka melangkah ke satu lagi dunia baru bernama ayah dan ibu... jelas keletihan di wajah kak Mang namun kegembiraan terpapar di wajah ayah dan ibu bayi ini...

26/3-1/4/09; meraikan hari konvo liza n katizah di uum... banyak sangat kisah yang dialami termasuk berjumpa keluarga di perlis, sg buloh dan nilai... seharusnya topik apresiasi ini dinotakan dalam satu catatan lain, tapi aku takut ini saja masa yang aku ada... sebelum terlambat lebih baik aku notakan... terima kasih kepada abahmuiz dan keluarga atas tajaan pengangkutan proton BLM dan tempat bermalam setibanya di kl... terima kasih untuk abg Yun dan keluarga atas tajaan tempat bermalam sebelum balik kk dan pengangkutan dari klia-nilai-klia...khususnya adli yang sangat peramah melayan kami sekeluarga... walaupun umur baru 5tahun kalau tidak silap! juga terima kasih kepada keluarga angkat di padang melangit,perlis yang sudi menerima kehadiran kami sekeluarga selama 5hari di Utara... dan juga Mai kawan liza yang sangat baik... semuanya bagai keluarga yang ada pertalian darah...namun inilah keindahan bersaudara jika dihayati, tidak ada bezanya...jauh bukan penghalang untuk kita mengikat tali persaudaraan... terima kasih sekali lagi kepada semua....

kelisa aku telah berwajah baru sebaik aku kembali dari bercuti... aku tinggalkan dengan ajoy di papar untuk dia melakukan tugas yang dia sendiri cadangkan... dan kelisa ku berwajah putih keseluruhan...tapi amat sedih, ianya tidak lama...1/4 selepas hantar ajoy di papar, farhan menghadiahkan aku kelisa yang cacat... sepatutnya aku yang bagi hadiah sbb hari tu birthdaynya, tapi ni macam terbalik pula... ini juga bukan kisah april fool...benda sudah terjadi mahu marah pun tidak berguna, bersedih pun tidak dapat mengembalikan kecantikan kelisa ku, hanya apa yang mampu dilakukan ubah secepat mungkin...

Nota Suara Aku mungkin akan berhenti rehat lagi, insyaAllah ada kesempatan menulis aku akan lakukan...apapun terima kasih sekali lagi buat yang membantu sepanjang kami berada di KL minggu lepas...hanya Allah yang dapat membalas budi kalian semua...adios!

Comments

YuN said…
man...bukan klia-nilai la. KLIA-Kota Warisan, masih lagi dalam daerah Sepang, bukan Nilai.

Adli umur baru 3 tahun, bukan 5 tahun. Hehhee...

Terima kasih untuk Man sekeluarga sudi bertandang ke rumah abg. Lain kali datang KL, bagitau..dan singgah, jangan tak singgah. Dekat sangat tu..10 minit jer

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...