Skip to main content

130bp dan Mati Kena Bunuh!!

Perkara ni sudah lama berlegar-legar di kepala, tapi bila sampai depan NSA, aku terlupa untuk menyentuh nya... dan hari yang penuh barakah ini aku baru teringat, sambil menunggu masa yang sesuai untuk ke masjid solat jumaat, maklumlah kalau datang awal pun perkara paling senang dibuat ialah tafakur (tidur kononnya menginsafi kejadian diri)...

130! ni nombor apa ni? ni adalah blood pressure sebelum aku menderma darah... adakah ini tanda yang aku ada darah tinggi, aku pun kurang pasti tapi rata2 yang mendengar agak terkejut jika dibandingkan dengan umur, tinggi dan saiz badan aku... yang pernah berjumpa artis ni pasti tidak sukar untuk membuat penilaian...

bercakap tentang kesihatan, aku tidak pernah mengalami apa-apa sakit yang kritikal walaupun aku amat jarang bersukan apalagi mengeluarkan peluh... lebih-lebih lagi sejak aku bertukar tempat kerja ni... jika sebelum ni, walaupun jarang bersukan aku masih mampu berpeluh dengan kerja2 berat seperti menyusun stor, display barang, angkat barang customer dan macam2 lagi...

aku amat kurang membaca justeru tidak pernah tahu apakah perkara yang menyebabkan terjadinya peningkatan tekanan darah... mungkin aku ajukan soalan untuk dijawab oleh sesiapa yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini... seboleh-bolehnya aku tidak mahu terus dihantui dengan masalah kesihatan... orang kata baik mencegah dari merawat...

Nota Suara Aku ingin menyimpan dalam NSA tentang perbualan aku dengan seorang adik semalam berkenaan sikap... melihat kepada gaya dan cara interaksi nya, aku secara berseloroh mengeluarkan kenyataan, kau ni kalau mati, mesti mati sebab kena bunuh!!! agak kasar cakap ku, tapi ni sekadar memberi peringatan bahawa apa juga yang kita lakukan sama ada bercakap dan bergaul kita perlu memikirkan masa depan... jangan cakap seolah-olah kita ni hidup bersendirian... apa maksud ku? begini, gaya kita bercakap seharusnya perlu melihat kepada masa dan keadaan... jangan suka lepas mulut... banyakkan bersabar dan istighfar... aku membuat kesimpulan, kalau orang berdendam dan tidak mampu membalas terus dengan kita, dia pasti akan mencari kelemahan kita dimana-mana... dan kelemahan kita paling dekat ialah keluarga...

itu pesan dan nasihat untuk hari ini dan kata-kata ni suda lama benar tidak ku ucap, SElamat Berhujung Minggu dan Selamat Menghadapi Hari Yang Mendatang dengan Tenang di minggu seterusnya...adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...