Skip to main content

Chelsea sudah confirm ke semi tapi status aku bila lagi??

Akhirnya Chelsea berjaya membalas dendam dengan menyingkirkan Liverpool buat kali kedua. Lebih manis bila Chelsea berjaya menebus malu kalah dua kali di EPL termasuk di tempat sendiri... Seperti ramalan aku semalam, akan banyak jaringan dicipta...dan inilah keputusannya Chelsea 4-4 Liverpool...

Lpool bermula garang dengan 2-0 dalam 30minit, percaturan 4321 terus di transform menjadi 442 dengan kemasukan Anelka menggantikan Kalou... Kemudian Chelsea mendahului dengan 3-2 di masa kedua juga dalam masa yang singkat... Alex, Lampard dan Drogba sebelum Lpool merapatkan jurang dengan 4-3... detik2 cemas seperti memihak kepada Liverpool sebelum menyerah dengan jaringan Lampard... memang betul mimpi c joy Liverpool skor 4, tapi dia mungkin nda nampak jaringan dari Chelsea...

Nota Suara Aku hari ini genap 9bulan bekerja di kompeni ni...seronok dan banyak aku pelajari. tapi status konfom xkonfom tu sedikit menggusarkan... kalau bukan aku ni seorang yang penyabar, mungkin aku sudah resign, tapi hidup perlu diteruskan kerana banyak lagi rintangan yang lebih besar dan berat akan aku hadapi selepas ini... kita boleh lari dari masalah, tapi kita tidak selamanya dapat lari dari masalah, lebih baik kita hadapinya kerana ianya adalah aset yang berharga pada masa depan...

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...