Skip to main content

Takis mari...

suasana hari ini agak berlainan sebab entri didatangkan dari Takis, sebuah kampung di Papar... sejak semalam aku disini disebalik ingin mengambil bumper yang baru dibaiki dan baru saja 2jam yang lalu dipasang... aku berpuas hati kerana Kambing ku berjaya menggunakan kembali bumper yang rosak teruk awal bulan 4 hari tu, gara-gara sorang adik aku drive sambil langgar sekor anjing di tengah jalan... buat pengetahuan, Kambinx ni adalah nama Kelisa yang aku miliki sekarang ni.... kulitnya berwarna putih dan insyaAllah dalam perancangan akan bertukar kulit dalam setahun ni... sambung cerita Takis, aku bermalam di rumah ni selama 2malam sebab esok ada kenduri dan aku cuma membantu apa yang termampu... dah macam keluarga dari segi layanan ajoy dan keluarga... cuma masa aku tulis entri ni, aku tidak berpuas hati dengan ajoy...

mungkin aku pernah menyuarakan dalam blog, tentang bagaimana sensitif nya aku terhadap komunikasi... aku boleh berkawan dan bergaul, tapi aku perlu suatu gap bagi membendung dan mengelak berlakunya perselisihan... gap itu boleh diterjemahkan dengan jangan berlebih-lebih dalam bercakap... aku tidak kisah kalau hendak bergurau, tapi fikir sebelum cakap... kadang2 orang cakap hati aku ni macam perempuan yang mudah merajuk, tapi itu bukan mustahil kerana aku dikelilingi oleh ramai ahli keluarga perempuan... ini mungkin pernyataan yang seperti membuka pekung di dada... tapi inilah aku... mudah berkecil hati dan apa yang aku buat untuk membendungnya ialah dengan berdiam diri untuk menunjukkan protes aku....

Nota Suara Aku berhenti di sini, tapi sebelum terlupa malam ni ada game penting separuh akhir piala FA tapi bukan tempatan k, tapi Inggeris... game antara Chelsea dan Arsenal... harap2 nya sampai ke final lagi tahun ni..adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!