Skip to main content

Selamat Hari Lahir ke33 Kakak!

entri ini bukan untuk meratapi pemergian nurul, cuma aku tidak ingin lupus ingatan bahawa dia anak buah kesayangan ku... 24 April 09, Nurul menghembuskan nafas nya di rumah selepas mak pergi ke hospital pagi tu, dan melihat tanda2 nurul sudah nazak... mak mengambil keputusan menyuruh kakak memberitahu hospital untuk membawa Nurul ke rumah... mak pula menelefon pagi tu, menyuruh kami balik awal... tapi ego aku tinggi... kalau itu ajalnya, biarlah dia pergi tanpa melihat atau mendengar pakciknya ini menangis... dan sebaik pukul 10.30, mak telefon memberitahu nurul sudah di bawa balik rumah dan lebih kurang pukul 11, dia pergi menghadap Ilahi...

aku, abg ipar dan adik ku menyusur jalan ke kampung dengan sugul... adik ku c Tja, suda menangis sepanjang perjalanan, aku maklum dia paling rapat dengan budak2... aku drive selaju yang boleh tapi seselamat yang mungkin... kami tiba tepat pukul 4petang... aku tidak sanggup untuk melihat jenazah nya dan air mataku menitis juga mengingatkan drama dan gelagat arwah...

sepanjang minggu selepas terjatuh, aku cuba hiburkan hati dengan lagu Munajat Cinta nyanyian The Rock feat Ahmad Dhani... aku kuatkan hati dan cuba memberi semangat dari jauh kepada nya... dan dia pergi hari Jumaat, kata mak mungkin dia menunggu aku pulang...

mendengar cerita2 dari rumah, memang nurul sudah menunjukkan tanda2... hari sabtu lepas, di peluknya kakak ku dan dicium lain dari yang kebiasaan dibuatnya... sambil membisik2 sesuatu ke telinga kakak... tapi seperti biasa, kakak akan marah dan bertanya apa yang di minta nya... bapanya pula marah bila mendengar, arwah buang air besar di jambatan, sambil membebel budak ni suka bagi kerja... demikian antara tanda2 arwah sebelum pergi... kebanyakan gelagat nya minta di marah saja... nasib baik aku tiada di sana...

aku tidak terkilan dengan pemergiannya, bahkan aku berpuas hati sebab aku tidak pernah memarahinya, aku juga sentiasa menurut permintaannya, dan aku lah yang menjadi pelindungnya bila dia dimarah oleh sesiapa juga... bagi ku dia penghibur aku...

selepas ini, tiada lagi tangan yang biasanya aku gigit,tiada lagi yang berani mengetuk bilik ku awal pagi, tiada lagi ciuman dipipi dan dahi ku bila aku balik ke kk, tiada lagi budak yang akan berlari2 di hujung jambatan menyambut kepulangan ku, tiada lagi si gendut berbaju oren... buat kakak ku, terimalah hadiah hari lahir tahun ke33 dengan ujian Allah ini dengan redha dan sabar...al-fatihah...

Comments

pB said…
dia sedang menunggu kedua ibubapanya di syurga nanti

Popular posts from this blog

Motivasi dari Nepal

Bila kita selalu tengok gelagat manusia di sekeliling, baru dapat membuka mata kita tentang watak2 manusia yang tercipta hasil daripada persekitaran...ada yang didorong oleh nafsu dan ada juga yang menjadikan akal sebagai peneraju membimbing. Sebelum ini, aku selalu beranggapan bahawa orang Cina adalah pelanggan yang paling cerewet ketika membeli-belah. Tapi selepas dua minggu aku melihat gelagat pelanggan, baru aku tau yang itu cuma stigma kita. Hakikatnya siapa2 pun memang cerewet....jadi etnik yang cerewet ni bukanlah milik masyarakat Cina....Melayu dan India pun sama juga.... Sedar atau nda sedar, motivasi ada di mana-mana. Terpulang pada kita untuk memilih dan mencari motivasi tersebut...contohnya, aku bekerja bersama dengan pekerja asing(nepal).... aku nda payah cerita yang buruk nya tentang durang. Tapi apa yang baiknya durang ni, semangat dan usaha mereka untuk mencari sesuap nasi di negara asing. Masuk kerja jam10 pagi, balik jam12 tgh malam....tapi aku nda pernah dengar duran...

B Complex Shaklee vs Migrain

Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan.... ."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak" ... saya tak jual ubat yer..mintakmaaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan..    Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: § Sakit kepala kerana tekanan § Sakit kepala kerana sinus § Sakit kepala kerana migrain Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabk...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...