Skip to main content

Kebiadapan Yang Tak Disangka

Entri hari ini agak mengusik sanubari aku sejak akhir-akhir ini... dan semalam aku mendapat kesimpulan sebaik chat dengan seorang guru sekolah di smakk dulu... tidak disangka seorang guru sanggup meluahkan hatinya dengan sikap/ percakapan bekas murid dan kini menjadi seorang guru juga... mungkin ada alasan munasabah seandainya bekas pelajar ini bukan seorang guru, lantas orang seperti aku tidak dapat memahami hati dan perasaan seorang guru... tapi sebaik melangkah ke alam perguruan yang sama dengan guru2 yang telah dulu merasai asam garam perguruan, seperti tidak ada sebab mengapa harus terjadi seorang guru yang bergurukan guru boleh mengguris hati guru...

perkara ini selalu benar diingatkan oleh bapa dan mama ku... cuma dulu apabila ditegur oleh bapa, aku terus merajuk ataupun paling tidak menarik muka... memang secara luaran perkara yang diucap suatu gurauan tetapi kita tidak dapat meneka yang terbuku dihati mereka... kita melihat perkara ini suatu yang biasa, kerana kita terlalu leka dan tidak sedar apa yang kita ungkapkan ini telah menyinggung perasaan... aku tidak ingin fokus perkara ini kepada perhubungan antara guru dengan murid semata-mata, perhubungan dengan adik-beradik, anak-makbapa,suami-isteri, jiran dan rakan sepejabat juga paling penting antara kawan!! perhubungan yang melibatkan pertalian darah tidak serumit perhubungan dengan manusia lain kerana sebahagian besar dari kita tidak peduli dengan hubungan ini... kita menganggap kalau kau tidak suka, putuskan saja hubungan ini... berlainan dengan hubungan yang melibatkan pertalian darah, kita benci atau tidak suka macam mana sekalipun kita tetap akan berbaik di akhirnya...

berbalik kepada kebiadapan ini, selalu ianya terjadi apabila perhubungan kita semakin akrab dan kamcing... kita tidak merasa lagi jarak dan apa juga yang berlaku adalah biasa... kita menganggap perhubungan ini adalah antara kita dengan diri kita sendiri sahaja... ungkapan dan tindakan tidak lagi difikirkan sebab akibatnya lantas apa juga yang berlaku tidak ada salahnya... dan disinilah kebiadapan itu berlaku!!!

semakin lama hidup dan berhubungan aku semakin menyedari akan kepentingan apa yang telah bapa ajar kan kepadaku ketika aku masih kecil... mungkin sebab itu juga lah empati aku berada di tahap tinggi, bukan memuji cuma aku sedar, apa juga yang aku ungkap dan tindakan yang aku ambil, aku akan memikirkan nya 2-3 kali dan kadang2 berkali-kali kerana kita tidak akan menyangka kebiadapan berlaku pada waktu itu... mereka makan hati, memendam perasaan dan kita yang berdosa... kita ingatlah Allah tidak akan mengampuni dosa sesama manusia melainkan kita sendiri yang memaafkannya...

aku teringat ketika aku di tingkatan dua, kebiadapan ini pernah terjadi dan akhirnya meninggalkan parut di siku kanan ku...namun, aku bersyukur kepada Allah kerana peringatan ini kekal untuk aku ceritakan kepada anak cucu nanti...

Nota Suara Aku mengetahui entri ini dibaca oleh kawan yang aku anggap sebagai adik, dan aku harap dia mengerti dan kita perlu belajar dan terus belajar kerana pengalaman dari perjalanan hidup adalah sebaik2 pelajaran untuk meneruskan kelangsungan hidup... adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!