Skip to main content

Alkisah di hujung minggu & Selamat Hari Guru

satu lagi hujung minggu yang cukup memboringkan... stat hari jumaat aku nda tau mau kontek siapa untuk berhibur... bukannya aku jenis yang suka berhibur, tapi kalau tiada aktiviti mau buat pun boring juga... aku buka cerita malam sabtu dengan tengok House season2 episod 5-6 saja... terasa sedikit boring sebab aku suda tengok cerita ni di 701 lama dulu... kemudian aku kembali dengan tabiat lama bermain game Rise Of Nation (RON)... suda sekian lama aku main moderate, aku mencabar diri dan kemahiran yang ada dengan bermain mode Tough dan negara yang berbeza dari selalu... sebelum ni aku kerap bermain dengan menggunakan negara China, Mesir dan Jerman, tapi kali ni aku mencuba negara Inca... di awalnya terasa kekok dan menggelabah juga la kena serang, tapi kemudian aku dapati setakat ini Inca adalah yang terbaik berbanding Mesir... sebab negara Inca cepat menghasilkan Wealth dan boleh digantikan dengan makanan, pokok dan besi... alah aku cerita panjang lebar pun bukan kamu paham... hehehe
aku main game diselangselikan dengan sms cewek yang aku belum pernah jumpa... cuma dapat nombor dari member... agak aktif juga tapi aku risau dengan wajah dan paras badan... bukan memilih cuma aa... ntah la, tapi harap2 nya nda la teruk sangat kan... bercakap tentang cewek ni, baik sentuh sedikit mengenai filem Syurga Cinta yang bakal ditayangkan pada 21 Mei ni... nda sabar mau tonton tapi dengan siapa a? agak pelik orang tengok, eh mamat ni tengok satu orang ka??? cerita cinta pula tu... ada aku kisah? aku menunggu filem ni sekian lama selepas preview di panggung bulan satu hari tu kalau nda silap... aku membayangkan cerita ni seperti satu stereotaip filem Kiamat Sudah Dekat dari Indon... dan harapan aku filem ni mencapai kepuasan yang aku inginkan ataupun setidak-tidaknya mencapai standard filem box office...
tengok Mentor musim ke3 semalam juga menghiburkan... gelagat Awie dan Mas Idayu menceriakan keadaan... seperti yang kuduga di awal konsert pembukaan hari tu, aku pilih Black dan Mas Idayu sebagai pencabar kepada Chak dan Ajai... aku nda minat Ajai, tapi mungkin sebab pengaruh Stacy melekat dengan abang nya... mengenai persembahan Chak, aku belum tengok lagi persembahannya sebab minggu lepas aku di ofis sampai lewat malam... kalau aura Meet Uncle Hussin masih sampai ke hari ini dan masih menyandarkan kepada AJL lepas, Black mempunyai kekuatan, kalau anda perasan ton suara nya yang kecil tapi tinggi memberi kelebihan kepada Black... apapun, keputusan awal semalam sudah menampakkan tanda2 saingan dua Protege ni... AF7 apa cerita? sori la aku nda minat dengan AF7 dan buat pertama kalinya aku nda tengok pun final baru2 ni... walaupun hati aku ada bersuara supaya menontonnya, tapi lebih siok aku main game dari tengok konsert yang ala kadar ja persembahannya... tapi aku tau juga la siapa peMENANG dan yang MENANGgung kekalahan... seperti ramalan aku, Hafiz menang, Aril kedua dan Isma kelima... pasal Aril ni, aku nda hairan pun sebab penganjur berjaya mencuri perhatian penonton dengan menyingkirkan Aril di konsert awal dan buat sebahagian orang geram...
Hari guru disambut 16Mei setiap tahun... bulan Mei banyak menghargai masyarakat terutamanya di Malaysia dan mungkin juga sebahagian besar masyarakat dunia... Hari Pekerja, Hari Ibu dan Hari Guru... bercerita tentang guru, aku ada artikel berkenaan peranan guru yang semakin mencabar di zaman ini... cabran itu mungkin berbeza dari zaman pasca merdeka... dan aku dapati cabaran guru2 semakin meningkat bermula tahun 1999 di Malaysia dan kemudian semakin bertambah 2002... kenapa tahun ni?
aku berpendapat tahun 1999, internet mula disebarkan di Malaysia dan penggunaannya bukan hanya terhad kepada usahawan dan pekerja2 sektor kerajaan / swasta... siber cafer tumbuh macam cendawan lepas hujan... kemudian di tahun 2002, henfon juga meluas penggunaannya... bukan sahaja dari segi bentuk yang sudah hilang antena, tapi fungsi nya yang meletakkan henfon sebaris dengan alat seperti kenderaan (kereta dan motor), pakaian dan tempat tinggal... seperti suatu yang wajib untuk semua orang...
itu di satu prisma, sudut yang lain dulu masa aku masuk asrama akhir tahun 1995, alat2 yang diharamkan penggunaannya di sekolah ialah walkman... kemudian diawal abad ke21, henfon pula diharamkan di bawa ke asrama, nda tau la pula sekarang ni kalau PSP pun dilarang... itu cuma sedikit yang aku kongsikan... apapun tunggu la artikel tu siap dan di publish kan di NSA... kalau mau tunggu...huhuhu... apa pun Selamat Hari Guru buat semua guru2 yang aku sayangi... seperti Cikgu Yvonne, Cikgu Sabariah, Ustzah Norehan, Cikgu Nawawi, Ustzh Kamariah, Cikgu Halija, Cikgu Fazliah, Ustzh Siti Khadijatul dan semua guru2 yang nda aku sebutkan... kebanyakan nya perempuan sebab mereka ni lah yang memberikan impak yang sangat besar dan nilai tambah yang amat berguna sehinggalah aku seperti ini... Irman Rahaban yang menyembunikan kekacakan disebalik kaca mata... adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky.......

KERJA

Hari ni baru ada kesempatan sikit utk buat entry dlm NSA ni. Buat pengetahuan aku sekarang ni suda dapat kerja yg kecil2 ja...matlamat awal untuk dapatkan pengalaman. Walaupun kerja ni nda memerlukan segulung ijazah, dan mungkin 0rg kebanyakan akan kata, nda payah masuk Univ la kalau kerja macam tu ja...tapi aku berpegang kepada matlamat sendiri... Mula2 plan mau kerja di Johor tempat Asif ja, tapi sebab aku rindukan rumah dan Sabah, maka aku mengambil keputusan untuk nda balik ke semenanjung lagi...aku ingin berkhidmat di Sabah. Mungkin juga ada akan kata kerja ni sebagai kerja sementara, tapi bagi aku biarlah untuk setahun dua kalau tahan la dengan karenah orang,yg penting kita dapat kenal persekitaran kita, tu yg lebih penting... Nota Suara Aku setakat ni ja untuk masa ni, banyak isu nasional yg mau dikupas, tapi biarlah dulu input maklumat terlebih dahulu...