Skip to main content

Kafarah dan Malu yang Dicabut

penting sangat catatan hari ini sampaikan kalau aku tidak catatkan nya, hilang sejarah yang akan aku jadikan panduan dan peringatan suatu masa kelak... sebagaimana hilangnya maruah seorang lelaki di tangan perempuan yang aku kategorikan sebagai sampah tatkala malu dicabut dari hati mereka... bukan semua perempuan tetapi sebahagian... sadis perumpamaan ini sebagaimana sakitnya hati aku sejak semalam...

sebelum itu, hari sabtu lepas on d way balik dari kampung, aku dilanda demam dan sakit kepala yang paling perit pernah aku rasai sepanjang hidup... tidak pernah aku merasa derita sedemikian secara fizikal... orang kata keteguran tapi aku xtahu bagaimana membezakannya... aku menggigil dalam kepanasan, kepala bagai ditekan sesuatu... apa yang mampu terucap hanyalah aduh ya Allah... kita tidak boleh mengadu bila sakit, tapi seolah terpaksa diucapkan juga aduh... ditambah lagi dengan cirit-birit dan muntah2... air kosong yang diminum pun keluar balik 5minit selepas itu... derita berkurangan dengan bantuan sepupu aku yang temankan aku balik menggantikan bapa... dia lah yang tolong picit dan urut badan yang terasa sengal2 nya... aku xmahu berfikir perkara yang tidak berasas sebaliknya aku segala penderitaan dan kesakitan yang aku alami aku cerminkan ke dalam kewarasan fikiranku...kenapa dan dimana silapnya? dan akhirnya aku suka membuat kesimpulan mudah... bapa marah denganku... sebab? mulanya aku ingin balik sendiri (driving sorang diri sandakan-kk) tapi bapa dengan naluri kebapaan dan tanggungjawab yang tinggi berkeras mau temankan aku... aku mengelak sebab utamanya aku xmau menyusahkan bapa... ikut sekadar temankan aku, kemudian balik (kk-sdkn) naik bas... bukan kah tu menyusahkan walaupun tidak dimata seorang bapa... aku sudah cukup menyusahkan mak dan bapa sejak kecil sampai sekarang... dan niat aku cuma tidak mahu menyusahkan... tapi sejauh manalah mampu aku jangka murka seorang bapa, betul x? dan kafarah kali ini cukup menyakitkan...

keesokan malam, sebaik mak dapat tau dari sepupu yang aku demam, mak terus call dan menangis... what can I do? sekali lagi aku membuat mak menangis... aku xingin menjadi anak yang derhaka... sudah lah amalan pun tidak sebesar mana, akhirnya aku muflis di akhirat sana... nasib baik la ada adik yang temankan aku malam tu... dan kemarin aku masih xlarat mau kerja sebab kepala ku masih lagi terasa berat dan pening bila bangun... itu cerita kafarah yang sedikit yang aku dapat di dunia ni... Allah bayar cash sebab kedegilan anak yang secara tidak langsung bertukar menjadi derhaka... Ya Allah, jangan Engkau golongkan aku dalam golongan yang tidak bersyukur...

dan balik kepada pokok di awal tadi, seorang atau lebih perempuan datang menjemput 'kambing' yang pada aku memang suka dengan benda2 sosial... jam 11.15malam, grup ni sampai ke perumahan tempat aku tinggal dan mujur tidak naik ke rumah... kambing ni bagi aku memang dah dicabut rasa malu dalam diri! dan hanya pulang ke rumah jam 6.15pagi... TEPAT 7 JAM... aku memang xsenang tidur bila kambing duduk rumah aku sepanjang pengetahuan mak bapa dia, tapi hakikatnya sedang bergaul dengan malam... aku lelapkan mata tapi aku xmampu, kalau pun mampu hanya seketika dan kemudian aku terjaga semula...patutlah anak2 muda selagi mana boleh dikawal dan dijaga, jagalah dan jangan dibiarkan mereka kenal dengan dunia malam... sebaik mereka kenal, mereka akan nyanyat dan akan terus mara ke depan tanpa menoleh lagi siapa dibelakang mereka dan mendongak siapa memerhati mereka serta terlupa untuk tunduk dan sujud.. aku xsuka bersangka buruk, tapi apa yang di depan mata aku sudah cukup menjadikan sangkaan aku buruk malah busuk...

Nota Suara Aku seperti kebiasaannya itulah naluri aku, bila marah aku akan senyap dan mendiamkan diri... terasa ada sedikit saham bila aku tidak melarang dan aku tidak menghantar kambing ni pulang kerumahnya semalam, itupun sebab aku menyimpan tenaga untuk kerja hari ini... dan semoga catatan ini akan menjadi sempadan bagi ku... aku bersyukur aku punya malu yang amat tinggi dengan perempuan dan sebaliknya... kalau orang kata susah mendapat jodoh, biarlah kerana jodoh takkan kemana... sampai seru kawin juga la aku ni... aku xperlu kan ayat pengasih kalau yang melekat tu hanya sampah2 yang jijik... adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!