Skip to main content

Lintasan Kepala..

bukan mudah bila kehilangan seseorang...malah ianya bertambah perit orang itu tidak lagi kembali buat selamanya... kalau aku ni hanya lah seorang pacik, mak bapanya apatah lagi... sehingga kini, aku masih terbayang-bayang wajah kesayangan anak buah ku ini... apa juga benda yang berkaitan dengannya aku teringat kembali dengan nya... kali ni pepatah patah tumbuh hilang berganti tidak boleh pakai... mungkin belum ada pengganti yang senakalnya dan secerianya...

sehingga ke hari ini, bapa masih lagi marah dengan aku... dan aku nda tau mau buat macam mana... bapa jenis yang keras hati dan aku terus dibuai kesalahan yang bagi ku bukan disengajakan... aku sudah berusaha selama ini untuk tidak menyakitkan hati bapa, aku masak suda dengan bapa... tapi kali ni aku sekali lagi menyakitkan hati bapa... selalunya sebelum game MU atau Chelsea, bapa akan call untuk membuat perhitungan, tapi minggu ni aku nda mendapat call dari bapa... aku cuba call tapi bapa masih berdegil untuk tidak bercakap dengan aku... mungkin sebab tu juga Chelsea tersingkir di semi final champions league...ni gurau saja la...

minggu ni minggu terakhir persiapan untuk company sebelum di audit untuk compliance ISO minggu hadapan... terlalu banyak Masterlist yang perlu disediakan... kehadiran DCM dari TNB minggu lepas amat banyak membantu memberikan senarai tugas yang perlu disiapkan... dan nampaknya hujung minggu ni tiada istilah cuti...

esok mak, bapa dan Liah akan ke labuan untuk adik aku ni menyambung matrix di labuan... kali ni mak dan bapa sendiri yang menemankannya seperti juga adik ku yang belajar di poli... semoga Liah dapat mencapai cita2 yang diidamkannya...

Nota Suara Aku berhenti di sini, selamat berhujung minggu kepada yang bercuti... dan teruskan berusaha dan bekerja kepada yang bekerja di hujung minggu... semoga Allah memberkati usaha dan kerja yang ikhlas...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!