Skip to main content

Bapa Nda Marah Sudah...

cukup menggembirakan semalam bapa becakap juga sama aku... walaupun masih ada bau2 marah, tapi bapa layan juga segala pertanyaan2 yang biasa aku tanyakan sebelum ni... syukur la...
pagi tadi cerita yang hangat aku dengar di radio Hotfm pasal Syurga Cinta yang bakal ditayangkan khamis ni... sedikit saja yang aku dapat, dalam masa yang sama aku dengar Era cerita Aznil diberi kepercayaan untuk memujuk seorang kanak-kanak berumur 8 tahun yang nda pernah makan selain minum susu sejak lahir hingga kini... kedua2 nya tergantung, seperti biasa aku hanya mendengar radio dalam kereta...

hari ni juga aku lewat bangun lagi... 6.40 baru bangun, wah nampaknya aku semakin lambat dan liat untuk bangun... bukan apa tu, semalam main game RON sampai jam 12 lagi... makin ketagih dan makin seronok... tambah lagi jam2 kalau nda silap mati karan sampai pagi... mula2 aku nda kisah pun sebab malam angin malam menemani ku, cuma bila mau pegi kerja tu datang masalah baju belum gosok... terpaksa la memilih baju yang kotak2, nda nampak kedut sangat... ni la masalah kalau pagi mau pegi kerja baru mau gosok baju...

esok aku akan diaudit ISO, doakan la aku dapat jawab soalan2 yang diajukan... oo ya pasal negara Inca yang aku ceritakan dalam entri semalam, semacam berita harian dapat membaca persoalan yang aku timbulkan dan hari ni kalau nda silap, ada artikel mengenai Empayar Inca yang terletak di negara Peru... butiran lanjut klik disini ...

Nota Suara Aku cukup gembira bapa sudah lembut hatinya... adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!