Skip to main content

Pidato Smakk

semalam aku call iskandar dan bertanya tentang keputusan bahas peringkat negeri yang berlangsung di Semporna... berita yang menggembirakan sebab sekali lagi smakk berjaya ke peringkat kebangsaan... aku sempat melatih selama 2 hari dan selepas tu aku dihimpit kesibukan menjelang pengauditan ISO... kemudian Is bagitau yang hari ini pertandingan pidato peringkat daerah KK akan diadakan di Pulau Gaya... aku sedikit terkilan dan terkejut, kenapa aku nda dimaklumkan lebih awal... alasan yang diberikan lupa dan sibuk dengan benda lain... aku terkilan sebab aku nda minta dibayar pun untuk memberi tunjuk ajar... aku secara sukarela untuk mengajar dengan matlamat ingin smakk menang...

walaupun aku penat, aku datang juga ke smakk dalam jam9 malam untuk melihat persiapan terakhir wakil smakk... perempuan... dan ini memberi sedikit sinar sebab aku beranggapan kalau smakk hantar wakil perempuan, kalau ke peringkat kebangsaan mesti sekurang2 nya dapat nom 3, dan kalau hantar lelaki, akan tersingkir di peringkat separuh akhir... aku mendengar teks pidato pilihan yang digunakan dan sekali lagi aku terkejut sebab teks ni adalah teks wakil smakk semasa ke peringkat kebangsaan tahun lepas... aku tersengih sebab teks ni aku yang karang...

komen? dari segi intonasi, tidak mempunyai penghayatan... hanya sekadar mengucapkan apa yang dihafal... selepas itu aku mendengar syarahan spontan... tidak ada teknik dan sekali lagi aku berjaya membuat kesimpulan yang sama seperti tahun2 lepas... bekas2 wakil smakk tidak pernah mengajar kepada junior2 teknik yang telah aku berikan kepada mereka... kata orang makan sendiri... aku cuba memberikan apa yang termampu dan terbaik yang bagi aku tidak terlalu menekan wakil sekolah...

debaran aku makin memuncak pagi tadi, sehingga aku call guru pengiring semasa wakil smakk menyampaikan syarahan spontan nya... syukur alhamdulillah tidak ada gagap dan dia berjaya menyampaikan syarahan nya dengan baik... namun langit tidak selalunya cerah... smakk hanya mampu mendapat tempat kedua... siapa yang menang? yang menang bekas pelajar smakk yang dibuang tahun lepas akibat masalah disiplin... budak ni juga merupakan wakil bahas smakk tahun lepas... mungkin kemenangannya hanyalah dari segi pengalaman dan teknik berucap... tetapi dari skil penyampaian isi aku pasti masih lemah... walaubagaimanapun tahniah aku ucapkan...

tengahari tadi aku terserempak dengan guru kaunseling dan aku sempat meluahkan rasa terkilan aku dengan sekolah... aku kata, aku nda pernah minta bayaran kerana yang aku harap cuma smakk tidak hanya menjadi jaguh kampung yang hebat di laman sendiri tapi bila ke peringkat kebangsaan akan tewas mudah... aku berharap sangat smakk akan menang sama ada bahas, pidato, pantun atau apa juga yang gagah di negeri ini di peringkat kebangsaan... sudah sekian lama smakk menjadi benchmark dalam arena pidato mahupun bahas di negeri ini, tetapi smakk belum lagi buktikan di peringkat lebih tinggi...

Nota Suara Aku menanam azam tahun ni, smakk mesti juara kebangsaan bahas ala parlimen... walau apapun terjadi, smakk perlu naik ke peringkat lebih tinggi lagi... biarlah tahun ini, smakk buktikan kepada rakyat sabah... Sabah Tatap....adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!