Skip to main content

Bapa masih marah?

hari ni ab.Yun ym bertanyakan bapa masih marah? dan jawapan nya ya tapi mungkin ada kurang sedikit... hari Isnin lepas, selepas waktu kerja habis, mak call dan ajak makan di CP... aku ingatkan mak belum sampai CP, jadi aku teruskan sambung kerja sehinggalah mak call balik jam 6.30... mak tanya aku dimana suda, aku cakap masih di ofis, mak cakap dia suda tunggu lama dengan bapa di CP... punyalah aku terkejut, apa lagi aku tinggalkan semua kerja persiapan audit dan berkejar ke CP... aku dapat agak yang bapa suruh mak call sebab bapa nda sampai hati tengok anak nya sendirian di kk... bapa ni luar ja nampak memberontak, tapi hatinya tetap sayang aku lebih dari yang lain... boleh bangga? mesti la aku bangga...

kemudian malam tu, hp aku berbunyi dan bapa call lagi, aku ingatkan ada masalah, aku call balik... kemudian xda angkat, kemudian bapa call balik dan tanya apa masalah... aku kata xda masalah, cuma aku tanya sebab bapa yang call dulu... mungkin hp tertekan nombor ku... tapi secara tidak langsung aku dapat bercakap dengan bapa... keesokannya bila suda sampai sandakan, aku call dan macam biasa anggapan aku mesti yang angkat mak, tapi nampaknya bapa makin lembut hatinya dan jawab sudah sampai lebih kurang jam4... aku bersyukur sebab marah bapa nda lama, tidak seperti selalu...

aku bertanya kenapa bapa begitu marah?? dan mak sempat bagitau yang bapa terkilan atau dalam bahasa suluk mangda'da'... sebab bapa mau ikut tapi aku nda setuju sedangkan bukan guna duit aku pun... aku memang nda menyangka tapi sekurang2 nya aku belajar sesuatu yang sebagai anak jangan sekali2 mengarah atau menghalang keinginan orang tua...

Nota Suara Aku sampai disini setakat ini...selamat berhujung minggu...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!